Mari Tanam Jagung

Archived in the category: pertanian
Posted by zool on 30 Nov 08 - 15 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya hari cuti perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya .. Tak bolehlah asyik mengadap PC je.. Nanti poning kepala.. Mata pun berpinau-pinau.. Hm. pasu bunga yang baru dibeli minggu lepas masih belum digunakan.. Dan biji benih yang dibeli pun masih belum terbuka.. Jadi apa lagi dalam waktu-waktu dingin lebih-lebih lagi hujan yang sering mencurah-curah sudah semestinya sesuai untuk bercucuk tanam.

Jagung ditanam dipasu.. Relevankah ?? Mungkin ramai dari kita sering melihat tanaman jagung ditanam di kawasan yang luas. Walaubagaimanapun kali ini saya ingin mencuba menanamnya dalam pasu.. Harap berjaya hendaknya.. Jika berjaya ia dapat membuktikan bahawa tanaman jagung untuk kegunaan sendiri juga boleh dilakukan di taman-taman perumahan..

Dan kali ini saya akan cuba mengeksperimentasikan tanaman tersebut dengan baja najis kambing dan air lebihan sabut kelapa.. Ini bagi memberikan rangsangan kepada proses tumbesaran jagung tersebut..

Okaylah, layan je gambar-gambar hasil usaha saya..

Biji Jagung
Inilah dia biji jagung yang dibeli di pasaraya di Jasin.. Jangan tak tau.. Hanya 10 biji dan harganya RM1.++.. Mula-mula rasa cam mahal tapi bila fikir-fikir balik, takdelah mahal sangat pun.. Sebab insyaallah dengan 10 biji tu boleh menghasilkan ribuan biji lagi nanti.. Betul tak??

Pasu
Inilah dia pasu yang ditanam dengan biji jagung tu.. Kalau mengikut calculationnya, ianya akan memberi hasil dalam tempoh 90 hari, iaitu lebih kurang 3 bulan.. Cam lama je ek.. Tapi apedehal pejam celik kejap je …

Photobucket
Inilah tempat saya meletakkan pasu untuk tanaman jagung.. Hanya 5 pasu je digunakan.. Almaklumlah sebagai bahan eksperimentasi…

Batang Pisang
Ops.. Gambar ni takde kena mengena dengan projek jagung.. Ini adalah batang pisang yang hampir reput yang berada berhampiran.. Tengok-tengok ada banyak cacing tempatan.. Jadi apa kata kalau dia bercampur gaul dengan YB cacing.. Harap-harap mereka dapat merapatkan silaturrahim seterusnya menambahkan populasi cacing ternakan saya.. He he he..

Blog Widget by LinkWithin

15 comments for “Mari Tanam Jagung”

1

rajin betul la ko ni. kawasan rumah ko luas kot… aku duduk ara condo so payah ler…

[Reply]

November 30th, 2008 at 5:05 am
2

eh amende air dalam botol tuh ek ? hehe
ko beli benih kat fresco jasin ke eh ?

[Reply]

November 30th, 2008 at 11:23 am
3

shaxx–> tak rajinlah… sekadar mencuba hobi baru.. ala ko pun leh tanam kat umah.. jangan tanam jagung.. tanam sayuran lain yang kurang guna tanah.. lepas ni aku cari tanaman yang kurang gunakan tanah untuk dieksperimentasi..
KNIzam –> itu air lebihan jemuran sabut kelapa.. bagus untuk jadi baja tu..

[Reply]

November 30th, 2008 at 11:43 am
4

hoho..inilah satu-satunya blog yg selalu aku baca untuk dapat info pasal tanam menanam nih. hehe..

[Reply]

November 30th, 2008 at 1:02 pm
5

Wah bro.Lu punya jiwa memang pertanian le.Baguih.Aku bab tanam menanam ni kureng ckit.Semoga sukses.

[Reply]

November 30th, 2008 at 3:48 pm
6

titan –> baru nak bermula bro.. lagipun duduk kat umah tak buat apa layan gak tanam2 ni.. boleh gak makan bila keluar hasil..
CD Peg Belia –> tenang bila tanam menanam ni. Eh dalam website tulis le http://pegbeliamacho.blogspot.com
baru ada peluang orang lain nak singgah..

[Reply]

November 30th, 2008 at 5:06 pm
8

[...] pembaca setia mungkin pernah membaca artikel mengenai tanaman jagung.. Agak malang baru je nak bercambah, ayam-ayam di rumah telah merosakkannya.. Terpaksa digantikan [...]

December 22nd, 2008 at 3:58 pm
9

10 batang jagung sikit sangat kot utk dapatkan pendebungaan…

[Reply]

December 23rd, 2008 at 7:57 pm
10
syuhairi

allow sume sahabat. sume sihat? sy ingin tanya sape2 yg taw pborong jagung manis. saya ingin tanam dalm stengah hektar. tapak saya di kuala nerang, alor setar.

[Reply]

February 3rd, 2009 at 1:26 pm
11
syuhairi

jika ade sape2 tau r kenal pborong jgg. gtaw saya noh. nie emel saya syuhairi_87@yahoo.com

[Reply]

February 3rd, 2009 at 1:30 pm
12
ieka

em sya na wt assignment tentang jgung na cari morphology jgung ssah la na serve internet…..

[Reply]

April 3rd, 2009 at 10:57 am
13
mohd adli

assalammualaikum dan salam sejahtera sesiapa hendah membeli jagung mentah boleh hubungi sy..harga boleh dirunding…adli 017 – 282 2672.tq

[Reply]

are_ri Reply:

nak jual jgg senang jew,g kat fama.

[Reply]

April 4th, 2009 at 1:12 am
14
chemud86

kalau nak dapat hasil jagung lebih baik dan bermutu tinggi dengan isi bijinya yang penuh tongkol tu, cuba-cubalah baja gunung berapi yang memberi hasil yang lumayan.kalau nak cuba hubungi saya 0193869917

[Reply]

June 16th, 2009 at 7:09 pm


Baca artikel ini melalui emel dan anda tidak terlepas entri menarik..

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



TIngalkan komen mantop..

Personal Coaching di Melaka Menjana Pendapatan Melalui Blog









Perhatian !! Blog ini adalah perkongsian pendapat .. Sebarang info tidaklah tepat seratus peratus. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekira terdapat kerosakan ketika anda membaca dan mengikuti blog ini..

Blog Kita All Malaysian Bloggers Project

web stats


Zool Ligakampung's Facebook Profile
Powered by Free Wordpress Themes. Web hosting