Mari naik bot di Sungai Melaka

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin ramai yang mengetahui tentang produk pelancongan di Melaka iaitu merentasi Sungai Melaka dengan menaiki bot. Sebenarnya, si Zool pun baru je menaiki bot baru-baru ini. Itu pun percuma sempena lawatan Lembaga Perumahan Sabah ke Melaka baru-baru ini. Produk pelancongan menaiki bot ini diilhamkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka dan diuruskan oleh agensi Kerajaan Negeri iaitu Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka. Perkhidmatan ini dikenali dengan nama Melaka River Cruise (MRC) dan telah beroperasi semenjak tahun 2008 lagi (dah 2 tahun baru si Zool merasa naik. Malu pun ada…). Ia beroperasi dengan mengenakan bayaran tiket sebanyak RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk budak kecil(tertakluk pada perubahan .) dan bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 malam. Untuk pemandangan yang menarik, biasanya pelancong akan menaiki bot pada waktu malam.

Terdapat banyak perhentian untuk naik bot ini. Dalam lawatan si Zool, kami memulakan perjalanan dari Taman Rempah. Perjalanan menaiki bot tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit. Ketika menaiki bot akan terdapat penerangan ringkas tentang kawasan yang dilawati. Antara yang menarik adalah Kampung Morten iaitu kampung lama di tengah bandaraya. Binaan rumah dijaga dengan rapi oleh agensi berkaitan bagi memastikan panorama yang cantik.Selain itu, bangunan-bangunan kedai di tepi sungai di cat dengan cantik,malahan ada sesetengah bangunan terdapat lukisan mural yang menarik. Bagi mencantikkan suasana terdapat kilauan lampu-lampu di pesisir sungai bagi memberi kemeriahan.

Berikut sedikit sebanyak gambar yang sempat disnap. Gambar agak kureng sebab gelap dan bateri kamera pun dah nazak masa tu.. Apapun layan kan..

bannersungai
Ni papan tanda menunjukkan sedikit sebanyak maklumat pasal Melaka River Cruise ni.
jetitmnrempah
Baru berlepas dari Jeti Taman Rempah..
sabah
Ahli-ahli lawatan dari Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah.

eyeonmelaka
Gondola ala-ala Eye On Malaysia. Berada berhampiran di kawasan bekas tapak perhentian bas ekspress Melaka.

mural
Antara bangunan yang mempunyai lukisan mural di pesisir Sungai Melaka.

otherjeti
Antara jeti perhentian yang terdapat di sepanjang perjalanan menaiki bot di Sungai Melaka

jambatanbesar
Dalam perjalanan terdapat banyak jambatan. Sempat snap satu jambatan yang bernama Jambatan Pasar..
kgmorten
Jalan Kg Morten. Tak puas hati langsung dengan gambar ni. Tapi ini je yang mampu ambil..
pemandangan
Kampung Morten lagi. Yang ni nampak masjid.

Okay cukuplah setakat ni. Mungkin ada yang tertanya mana gambar si Zool.. Tak boleh nak ambil gambar gelap dan kualiti tak menawan kalbu jadi memang tak teruja nak ambil gambar sendiri. Ni yang tak tertahan di hati nak angkat DSLR ni..Huhuhuhu

Sekian.

Pengunjung Entri Ini :4650

4 comments:

  1. aku round area sini ari tu waktu tengahari. x sempat tengok ia bermandi cahaya. huhu

    Reply

    zool Reply:

    tengahari tak menarik bro.. dtg malam baru menarik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,239 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge