Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni Jabatan Ketua Menteri Melaka didatangi oleh pengumpul darah. Bukan ‘vampire’ tapi petugas dari Jabatan Kesihatan untuk mengadakan pengumpulan darah kakitangan yang bekerja di Jabatan Ketua Menteri. Saya mengambil kesempatan untuk ke sana bagi merealisasikan hasrat yang agak lama dipendamkan.. Bukan takut tetapi entah mengapa ada je halangan bila nak ke tempat pengumpulan. Ada mesyuaratlah, kerja luar.. Namun kali ini saya tekadkan hati untuk membenarkan kulit saya dicucuk lantas darah disedut lalu dimasukkan ke plastik khas yang disediakan. Memang terasa ke’lalok’an tatkala darah dipam dari lengan kiri ini namun sebenarnya banyak manfaat dari aktiviti ini…
Mula-mula jenis darah saya diperiksa dahulu.. Akhirnya diketahui juga jenis darah saya iaitu jenis ‘AB’. Dapatlah saya mengemaskini profil diri dalam sistem HRMIS..
Sebelum darah diambil, tekanan darah diperiksa.. Huhuhuhu tekanan saya ada berada dalam paras border 140/80 ..
Sedikit temuduga bagi memastikan tahap kesihatan yang tidak merbahaya.. Sedikit cuak sebab 2-3 hari lepas saya demam.. Tapi masih dibenarkan.. Jadi terus sahaja.. Sarapan bihun ‘free’ lalu terus menyerahkan lengan untuk di tusukan dengan jarum.
Ini merupakan kali pertama saya menderma darah jadi memang agak teruja.. Sebelum ni banyak yang didengari tentang derma darah ni samada positif mahupun negatif.. Selamat sudah hasrat saya untuk menderma darah.. INsyaallah jika ada lagi kempen mungkin akan menyerahkan lagi beberapa pain darah untuk disimpan di Pusat Darah Negara..
Mungkin ramai diantara anda yang banyak kali menderma dan tidak kurang juga yang ragu-ragu untuk dicucuk jarum ke lengannya.. Tapi percayalah ianya tidak sesakit mana.. Malahan ianya memberi banyak manfaat seperti :-
1. Boleh menyihatkan tubuh. Pendermaan darah merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.
2. Menderma darah semulia sedekah. Sudah tentu nilai derma anda berkali ganda lebih tinggi dari derma masjid setiap hari Jumaat. Ini kerana ianya mampu menyelamatkan nyawa seseorang.
3. Membantu PUsat Darah Negara untuk mendapatkan darah. Sebenarnya mereka kekurangan darah dan apabila berlaku kes-kes yang melibatkan kehilangan darah sukar untuk mencarinya… Saya juga dimaklumkan bahawa setiap penderma darah kosnya dalam RM300.. Bayangkan betapa pelaburan dilakukan oleh mereka untuk mengumpul darah.
Sebelum terlupa, nampaknya baru diketahui bahawa tidak semestinya jenis darah keluarga tu sama.. Jika saya ‘AB’, Bdfabregas pula ‘A ‘, manakala adik pompuan saya ‘A’ dan ‘B’ (Yang lain belum diketahui).. Jadi penting untuk kita tahu jenis darah kita.. Mana tau apa-apa berlaku kelakkan…
Oklah cukup setakat ni… Kalau anda ada kelapangan singgahla ke hospital berhampiran untuk sama-sama menderma darah anda..
Blog cerita pasal derma darah :-
Irtiyah
RSS Feed
Twitter



March 24th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


alasan aku yang kedekut darah
“aku sendiri tak cukup darah, nak derma kat orang”
hehe…
tapi betul bro..
berat badan aku tak sesuai untuk menderma darah..
doc tu yang cakap masa aku nak derma darah..
Reply
zool
Reply:
March 25th, 2009 at 08:42
alasan tak sesuai langsung..
kurus sangat ke ko nie??
Reply
huhuhu..teringat thn lps derma darah sampai pitam..low blood pressure..doktor siap nak bawak pi hospital pi tambah darah plak..hahaha..buat malu jerk.
Reply
zool
Reply:
March 25th, 2009 at 12:21
aik?? takkan tak cek tekanan darah sebelum derma kot????
peliknya tukang ambil darah tu..
Reply
Derma darah nie sebenarnya mmg bagus….bayak penyakit boleh hindar. Aku nie pn dah ada ati nak derma….xrugi pn
Reply
aku dah 5-6 kalilah derma darah…setiap kali kat ofis atau kat pasaraya ke yang buat benda camtu aku buat kalau free..tapi setiap kali aku derma darah mesti buat kad baru,hahaha..sebab kad sebelum tu memang hilang tah kemana,hehe..
Reply
zool
Reply:
March 25th, 2009 at 12:22
Aku memang ada hati dari dulu nak derma tapi ntah kenapa tak jadi2 derma…
5-6 kali oklah tu.. ada budak opis aku siap dah 2 buku.. mesti berlubang banyak lengan dia.. huhuhuhuhu
Reply
kalau begitu mesti ada dikalangan adik-beradik yang lain yang darah O…
dah buat perkiraan dah….
dah kemungkinan mak dengan bapak darah A dan B….
Reply
zool
Reply:
March 25th, 2009 at 12:20
oo ada calculation dia ek??
mak ngan bapak tak tau plak darah pe…
Reply
Derma darah bagus bagi lelaki seperti zool cakapkan. Sebab lelaki tak pernah salin darah baru kalau takder hal tp perempuan tiap2 bulan2. Ini fakta. Walaupun mungkin sedikit tp ia penyumbang menghasilkan sel darah baru.
Reply
bila la mau buat di hospita jasin…
hohohho
tak pernah pon ade pengalam…
nak jugak menerai…
Reply
… kalau takut tak dapat imbalan bila menderma kat hospital, tunggu bila ada kempen derma darah di pusat membeli belah. Biasanya ada sponsor haper..
Reply
..sponsor hamper… typo daa…
Reply
gua serun la nak derma dara nie… hehehe
Reply
dah 3 kali buat ujian darah.. 2 kali melalui ujian makmal dan sekali melalui nurse masa nk derma darah.. keputusannya tetap A..
Reply
aku selalu menderma darah masa kat menara tm. hehe
siap dapat sijil tuh. hehe
Reply
Arini kat ofis ada Kempen derma darah dan pelbagai kempen kesihatan yg lain… itu pasal dok surf blog saudara… thanx
Reply
derma drh ni mmg bagus….sy dh 8x menderma…mmg bnyk la bekas2 jarum kat tgn cz tiap kali derma mest 2x kali kna cucuk, x jmp urat..
Reply