Mari Belajar Berenang Gaya Dada

Anda pandai berenang? Berenang bukan hanya satu aktiviti yang menyihatkan, ia juga boleh menjadi acara sukan yang bagus untuk kita.
Nak belajar berenang bergantung kepada kemampuan masing-masing. Ada yang boleh pandai dengan belajar sendiri, ada yang belajar dengan cikgu dan ada juga boleh belajar dengan hanya membaca buku panduan renang sahaja.

breast-stroke-swimming
Adakah belajar berenang itu penting? Cuba anda lihat artikel Kenapa nak belajar berenang dan anda pasti akan mengakui kepentingan belajar berenang.

Berenang ada banyak teknik dan dalam entri ini, ligakampung.com ingin berkongsikan teknik yang diajar oleh tenaga pengajar kami iaitu berenang gaya dada atau dalam English ‘Breast Stroke’. Kenapa gaya ini yang ingin dikongsikan? Ini kerana gaya ini paling mudah untuk dipelajari berbanding gaya lain.
Selain itu, gaya ini juga perlahan dan ia akan membantu kita untuk mendapatkan kaedah terbaik terutama dalam pernafasan di dalam air dan di luar. Mari kita tengok sedikit sebanyak mengenai kaedah berenang gaya dada ini.

Kaedah Kuak Dada dalam Ilustrasi
Kaedah Kuak Dada dalam Ilustrasi

Gerakan Kaki
1) Untuk memulakan renang ini, kaki hendaklah dibengkokkan.
2) Kemudian tendangkan ia dan luruskan kaki dengan posisi kedua kaki terbuka ( kaki kiri dan kanan dalam posisi berjauhan)
3) Ketika dalam posisi kaki lurus, kaki dirapatkan (sampai telapak kaki kiri dan kanan bersentuhan). Ini akan menambah daya menolak.
Ulangi langkah 1-3 sehingga mahir.

Gerangan tangan
1) Posisi awal, luruskan kedua belah tangan di atas kepala dimana kedua tapak tangan saling bertemu.
2) Tarik tangan ke kanan dan kiri ke bahagian dada dimana tapak dipusingkan kira-kira 180 darjah. Tarik tangan tersebut sehingga ke dada.
3) Selepas tiba tangan ke dada, luruskan ia kembali.
Ulangi langkah 1-3 sehingga mahir

| Panduan Belajar Berenang Gaya Dada |

Gerakan kombinasi tangan, kaki dan mengambil nafas
1) Gerakan tangan dan kaki dilakukan secara serentak. Ini memerlukan latihan bagi memastikan gerakan tangan dan kaki setara.
2) Ambil nafas ketika anda sedang menguak tangan ke kanan dan kiri. Dongak kepala ke atas dan ambil nafas secukupnya. Anda perlu memastikan anda mahir mengambil nafas kerana tanpa kemahiran ini anda tidak mampu melakukan renangan yang lama.

breast_stroke_anim
Kaedah Renang Kuak Dada secara animasi .

Tips
1) Kaki tidak terapung? Ini berlaku pada admin juga. Ia akan menyukarkan untuk melakukan renangan yang sempurna. Perkara ini wajib untuk anda pelajari untuk mengapungkan badan. Ia bagi memastikan kepala tidak masuk ke dalam air kerana ia akan menyukarkan untuk bernafas di udara.
Sekiranya kaki tenggelam, sukar untuk mendapatkan renangan yang sempurna. Seringkali berlaku kerana tidak yakin dengan air itu. Anda perlu relaks dan berlatih berulangkali bagi memahirkan situasi ini.

2) Ketika baru belajar, pegang pada tepi kolam dan lakukan gerakan kaki sehingga pandai.

3) Anda boleh meminta kawan memegang samada tangan atau kaki. Ia perlu bagi memastikan kita dapat melakukan gerakan dengan yakin.

4) Berenang di kawasan yang cetek dimana anda masih boleh berdiri sekiranya air memasuki tubuh anda. Jangan pergi ke dasar yang anda tidak mampu capainya selagi anda tidak mampu mengapungkan badan dan berenang.

Ini serba sedikit ilmu yang dapat diperturunkan oleh kami. Sekarang ini banyak tenaga pengajar melakukan perniagaan ini dengan mengajar orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kalau anda tidak berkelapanganĀ untuk ke kelas belajar berenang, anda boleh cuba klik sini.

Semoga belajar berenang boleh menjadi rutin keluarga anda sebagai salah satu sukan yang mampu mencergaskan diri anda.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

6 thoughts on “Mari Belajar Berenang Gaya Dada

  1. anak saya pandai berenang gaya ni, tak pernah pergi kelas hanya berenang di kolam apartment dan kolam hotel masa bercuti. Tak sangka cepat pandainya šŸ˜‰

Leave a Reply