Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Tengah belek-belek suratkhabar terbaca satu berita yang agak mengejutkan. Perkara yang berlaku menunjukkan hilangnya nilai-nilai kemanusiaan di kalangan manusia. Hukuman undang-undang sendiri dilaksanakan oleh manusia-manusia yang tak bertamadun. Yang mempermainkan maruah manusia sehina binatang. Bacalah sedikit petikan berita tersebut dari Harian Metro
Diseksa sehari suntuk
JITRA: Seorang pemuda berusia 22 tahun terpaksa melalui tempoh 24 jam yang menakut dan mengaibkan apabila dia diculik sekumpulan lelaki sebelum dikurung, dibelasah, didera dan dibogelkan dalam kejadian di Bukit Selambau dekat Sungai Petani, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Wan turut diseksa apabila kemaluannya dilastik dengan getah, tapak kaki dilibas dengan tali pengikat lembu, lutut dipijak selain dipukul di kepala dan badan oleh sekumpulan tujuh lelaki dalam ladang kelapa sawit.Selepas didera, mangsa diminta menandatangani surat akujanji tidak melaporkan perbuatan kejam itu kepada polis dan mereka turut mengugut akan mencederakannya dan keluarga jika melanggar perjanjian berkenaan.
Selain didera dan dimalukan, mangsa turut dirompak apabila telefon bimbit dan wang tunai RM20 miliknya dirampas kumpulan lelaki terbabit sebelum mereka meninggalkannya di stesen bas Sungai Petani kira-kira jam 12 tengah malam, 28 Oktober lalu.
Artikel penuh : – Harian Metro
Membaca berita tersebut memang cukup terperanjat melihatkan betapa kebuasan manusia yang semakin hilang perasaan takut terhadap dosa. Apakah mereka yang menghukum mempunyai hak untuk memperlakukan seorang manusia sebegitu keji hinggakan sanggup merakamkan perbuatan hina itu menerusi telefon bimbit.
Saya tidak tahu kisah sebenar tapi apa jua alasan, sebagai seorang manusia yang dilahirkan dengan otak yang sempurna tindakan memalukan seseorang individu sehingga sanggup membogelkan, memukul dan merakamkan lelaki sehingga tersebar melalui rangkaian telefon hingga ke laman web seperti Youtube. Perkara tersebut membawa banyak implikasinya. Ianya bukan setakat memalukan lelaki tersebut tetapi memberikan imej yang buruk terhadap negara , bangsa , agama, negeri dan keluarga pelaku sendiri. Mungkin mereka merasakan ianya hal mereka tetapi dengan tersebarnya hal ini ianya menjadi masalah negara. Bayangkan berapa ramai penonton melihatnya di internet ( si Zool tak cari.. Tak mau tengok benda keji camtu), bukan sekadar orang Malaysia melihatnya tetapi seluruh dunia.. Apa pandangan mereka terhadap negara kita yang diwar-warkan menuju negara maju 2020 sekiranya masih terdapat manusia yang bersifat seperti hidup di zaman batu.. Imej negara sedikit sebanyak tercalar dengan perbuatan mereka ni…
Bangsa, agama turut terpalit. Berdasarkan kenyataan dalam akhbar itu, kemungkinan pelakunya adalah berbangsa Melayu. Bagaimana agaknya pendapat kaum lain melihat perkara tersebut? Takut mereka tersalah anggapan terhadap bangsa dan agama sedangkan pelaku tersebut tidak mengikuti ajaran dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam agama.
Pada pendapat saya, pesalah perlu dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sewajarnya. Malahan hukuman belum tentu mampu membasuh kekotoran yang ditanggung oleh pemuda terbabit. Pihak berkuasa perlu mempercepatkan kes ini kerana bukti telah ada ( bukti rakaman) malahan dengan tersebarnya di Youtube pasti telah menjadi isu nasional. Harap-harap ianya tidak sekadar menjadi bahan cerita di akhbar sahaja..
Entahlah, tak tau nak bincangkan lagi.. Agak kecewa melihat semakin hari manusia semakin rakus. Hilang pedoman terhadap sebarang perbuatan. Tidak memikirkan pembalasan yang akan berlaku di kemudian hari dan hanya mengikut nafsu amarah yang di bisikkan oleh syaitan..
Wallahualam..
RSS Feed
Twitter



March 20th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


there are lots of dangerous people nowadays.. what have the world become.. tsk tsk tsk..
Reply
zool
Reply:
March 20th, 2010 at 01:17
yes.. they don’t even think what happen next..
Reply
siap buat surat akujanji la pulak..boleh tahan pengecutnya kumpulan tu…
Reply
zool
Reply:
March 20th, 2010 at 10:26
dia ingat laku ke akujanji tu…
tapi kalau baca berita pengadu telah buat aduan bulan Januari tapi takde tangkapan pun dibuat.. adoi. kan dah terang2 bukti tu..
Reply
sunnguh memalukan dan menjijikkan apa yang dilakukan..takut dengan keadaan sekarang..macam2 hal berlaku..
Reply
zool
Reply:
March 20th, 2010 at 10:26
memang teruk sekarang ni.. tak selamat ..
Reply
ish ish ish… bahaya wooo…. dengar dengar ni ada kaitan pasal adik pompuan salah sorang penculik tu kan…
Reply
zool
Reply:
March 20th, 2010 at 20:33
yup.. ada diberitau dlm suratkhabar tu
Reply
kalau rakam awek, kan lg best..huhu ada ke ptt gi rakam laki..adeh
Reply
zool
Reply:
March 20th, 2010 at 21:16
ni sebab marah.. jlnkan hukum hakam sendiri..
rakam awek atau lelaki tetap salah bro..
Reply
hak apa mereka tu.sampai nak hukum
orang dengan begitu kejam.kalau
kena pada diri sendiri.tentu berasa malu.
Reply