Mantan Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka meninggal dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini perginya mantan TYT Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin.  Beliau merupakan antara TYT yang paling lama berkhidmat di Melaka iaitu dari tahun 1984-2004 ( 9 tahun 6 bulan)..

Sumber gambar :- Portal Jabatan Ketua Menteri Melaka..

Beliau dilahirkan pada 4 Mei 1925 berasal dari Kulim, Kedah dan berumur 83 tahun pada tahun ini.Tun berkahwin dengan Toh Puan Sharifah Haniffah binti Syed Alwi (telah meninggal dunia pada tahun 1993) pada tahun 1950 dan telah dikurniakan enam orang anak. Pada tahun 1960, Tun berkahwin dengan Toh Puan Datuk Seri Datin Seri Utama Marfuza bte Sheikh Mohd. Osman dan mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak. Mengikut laporan beliau telah meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur akibat sakit tua. Ramai yang memberikan penghormatan ketika jenazah Tun di bawa ke Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka sebelum beliau disemadikan di Makam Pahlawan Melaka di Masjid Al-Azim, Melaka.. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…

Berita berkaitan :-
Najib anggap pemergian Syed Ahmad satu kehilangan besar


BEKAS TYT MELAKA MENINGGAL. TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM


TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TUN


Syed Ahmad Shahabudin dies


Former YDP Melaka Tun Syed Ahmad Shahabudin Dies


Tun Syed Ahmad Shahabudin, Illustratious Son of Kedah

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1168
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Mantan Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka meninggal dunia”

  1. Pergh..mantap blog awak zool. Lagi laju dari TV3 Tu ;)

    Apapun, al-fatihah buat beliau :D

    Reply

  2. zoolNo Gravatar says:

    ramzan rajablog –> Satu Melaka dah tau ramz.. lagi pun dah jenazah datang kat area pejabat.. Takkan tak tau.. Ni pun lambat.. sepatut pagi tadi lepas dengar pengumuman je dah update.. baru dapat traffic tinggi…

    Reply

Leave a Reply