Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mungkin ramai dari antara anda yang menggemari mangga (bukan majalah mangga ye) yang manis. Ketika perjalanan balik dari Johor Bahru sebelum ini, saya telah disinggah di Rehat dan Rawat (R & R) Pagoh untuk berehat menunaikan solat Maghrib. Selepas itu saya singgah ke gerai jual buah-buahan dan terjumpa pula mangga Melaka Delight.
Bagi penduduk Melaka pasti mengetahui tentang mangga Melaka Delight ni. Dulunya bapa saya pernah menanam manga di kawasan kebun tapi agak malang sering berlaku kecurian menyebabkan terpaksa memberhentikan penanaman tersebut..
Sedikit info mengenai mangga
Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae.Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin A, B dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam.
Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.
Sumber :- Wikipedia
Tapi memang sedap gak melayan mangga yang penuh khasiat ni.. Layankan gambar di bawah..

Dah potong mangga.. Konon nak buat corak sikit-sikit..

Potongkan mangga kecil-kecil dan campakkan ke pinggan..

Dah setel layan mangga.. Siap biji dia pun dibalunnya..
Anda camne ye?? Suka tak layan mangga?
RSS Feed
Twitter




January 5th, 2010
zool 







Posted in
Tags: 






kat rumah ada pokok mangga yang kecik tu. yg mangga besar ni agak susah nak ditanam sikit ah.
Reply
zool
Reply:
January 5th, 2010 at 10:46 pm
yang kecil pun sedap kalau kena bajanya
Reply
Argh.. sedapnyer.. nak.. nak..
Reply
zool
Reply:
January 6th, 2010 at 9:57 am
meh le dtg sini….
Reply
pinggan tu ol skul btul
Reply
zool
Reply:
January 6th, 2010 at 5:00 pm
pinggan tu memang old skool…
lama berjasa tu.. dah berapa pinggan nasi dari situ
Reply
bijik mangga tu telan sekali ke?? hoho
Reply
zool
Reply:
January 6th, 2010 at 5:01 pm
kalau boleh telan memang nak telan tapi nanti tercekik plak…
cik epal telan ke biji manga??
Reply
bulan 4 nanti ada musim mangga pakistan, depa kata mmg manis giler. sampai ke tekak manisnya. sayangnyer mangga pakistan dilarang dibawa masuk ke malaysia. terang2 terpampang poster dilarang tu kat klia. hehe
Reply