Layan Survey pun boleh dapat duit.. Jom le join apa pk lagi
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum semua..

tgbidara

Nampaknya hari ini merupakan hari terakhir percutian saya pada hujung tahun ini.. Nampaknya bersempena hari cuti Krismat dan tugasan untuk menghadiri majlis kesyukuran di Tanjung Bidara saya mengambil keputusan untuk membawa adik-adik saya terus ke pantai Tanjung Bidara.. Selepas Majlis Kenduri Kesyukuran di tapak Balai Cerap Alkhawarizmi, Tg Bidara saya terus ke pantai Tanjung Bidara.. Agak ramai juga pengunjung pada hari ini.. Almaklumlah hari cuti.. Ramai keluarga yang mengambil kesempatan cuti pada hari Krismast untuk bersantai di pantai ini… Hm tepat pukul 1.30 saya dan adik-adik saya mencari port yang agak sesuai untuk melepak diri sambil mandi manda.. Seronok sungguh, lebih-lebih lagi agak lama juga tidak mandi manda.. Hm entah bila lagi akan menjalankan aktiviti ini .. Bagaimana dengan percutian anda semua?? Pastinya ada cerita seronok masing-masing.. Klik imej di bawah untuk melihat gambar-gambar saya dan adik-adik ketika di sana…

Bagi anda yang berminat untuk menghilangkan tekanan Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka merupakan tempat perkelahan yang menarik untuk dikunjungi.. Terletak 35km dari bandar Melaka ianya merupakan pantai yang indah dan bersih. Sesuai untuk keluarga dan juga untuk aktiviti berenang, memancing dan aktiviti di pantai.. Dan terdapat beberapa hotel dan chalet berdekatan bagi mereka yang inginkan percutian yang menyeronokkan.. Anda boleh merujuk kepada Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka .

p/s :- He he he.. Rasa macam ejen pelancongan plak.. Amacam ?? Ok ke taK??

Tags: , ,

10 Responses to “Mandi Manda di Tanjung Bidara”

  1. amvoii.. seronoknyer dier..

    thank u bro, singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg itu..

    [Reply]

  2. Dlm gamabr tu ada nmpak mcm kapal je, air dia ok tak?

    [Reply]

  3. wah…ombak tak besar ke?

    besok saya pun nak gi bercuti kat cerating…sesambil gi kenduri kawin opismet husband kat sana-sempena our 4th anniversary :)

    [Reply]

  4. aritu 22/12 aku lalu je dari PD-Melaka-BP…saje je ikut jalan dalam…

    [Reply]

  5. dah lama tak pergi tg Bidara. masa kecik2 dulu tiap- tiap minggu pergi. dah dewasa ni kurang bercuti bersama keluarga. jelesnya zool dapat cuti.

    [Reply]

  6. me yg insaf —>thanks untuk anda juga
    zaki —> ok je air dia.. ramai datang singgah ..
    adilla –> tak besar lah.. ok je..selamat beranniversary..
    kumb@ng –> apa tak singgah je… Tg Bidara..
    ryann –> oo ye ker.. orang melaka ke ni ryan??

    [Reply]

  7. mse tuh dok aner??

    bpe rate harga +/day ??

    ingat lg x??

    [Reply]

  8. plz reply ASAP

    [Reply]

  9. GENISKHAN_TEKS86@YAHOO.COM.SG

    [Reply]

  10. tak duduk mana lah..
    memang orang Melaka….
    tapi sebelah tanjung bidara tu ada resort…
    nanti saya semak dulu …

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>