Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Mampukah skuad Harimau Malaya benam Yemen

Perlawanan pertama bagi Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara skuad bolasepak senior kebangsaan telahpun selesai pada hari Sabtu lalu. Berdasarkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Filipina memberi impak negatif. Walaubagaimanapun secara amnya ada tanda-tanda positif.
Secara jujurnya, saya tidak dapat memberi pendapat yang lengkap tentang prestasi skuad negara kerana tidak dapat menyaksikan secara langsung perlawanan tempohari. Walaubagaimanapun melihat sedikit sedutan, didapati skuad negara kurang bernasib baik apabila 3 peluang terbuka dihampakan kerana terkena tiang manakala satu gol dibatalkan oleh pengadil.


Highlight perlawanan Malaysia vs Filipina

Tetapi berdasarkan beberapa komen yang dibaca didapati nampaknya banyak yang perlu diperbaiki oleh jurulatih negara terhadap barisan skuad Harimau Malaya. Ketumpulan barisan serangan negara menjadi topik yang dibicarakan oleh penyokong. Tapi kita juga perlu ingat bahawa skuad Filipina tidak setanding pasukan Asia Barat jadi perlawanan ini tidak boleh dijadikan penanda aras bagi skuad Harimau Malaya.
Skuad negara pernah menumbangkan Yemen pada perlawanan terdahulu namun bertandang ke negara lawan pasti menjanjikan suasana berbeza. Tanpa sokongan padu dari penyokong mungkin memberi kesan namun ia bukan menjadi alasan skuad negara untuk berputih mata. Mereka mesti mensasarkan untuk kemenangan bagi menghidupkan sisa peluang untuk ke kejohanan Piala Asia 2015. Walaupun tipis, tapi tidak mustahil ia boleh berlaku.

amri-yahyah
Amri Yahyah, penyerang skuad negara yang terlepas peluang terbaik menjaringkan gol apabila bola terkena palang dan terus keluar

Apapun diharap skuad Harimau Malaya tidak cepat mengalah dengan kritikan sebaliknya terus mendapatkan motivasi untuk menang dalam perlawanan 5 Mac ini.

 

Apa pula pandangan anda tentanga perlawanan Malaysia menentang Filipina tempohari? Adakah Malaysia mampu untuk bersaing berdasarkan prestasi dalam perlawanan tersebut?

p/s :- Kepada penyokong, rasanya tak perlulah membuat kacau dengan mercun dan suar. Mungkin ada ketidakpuasan hati terhadap pengurusan tapi bukan itu caranya..

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Mampukah skuad Harimau Malaya benam Yemen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)