Mampukah rekod kebangsaan 200 meter dipecahkan?

Antara rekod kebangsaan yang paling lama dalam sejarah sukan olahraga Malaysia iaitu acara pecut 200 meter.
Rekod yang dipegang oleh Tan Sri Dr. M. Jegathesan pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico masih belum mampu digugat oleh pelari dalam tempoh 49 tahun iaitu hampir ke 5 dekad.
Nama besar seperti Datuk Rabuan Pit, Ramli Ahmad, Watson Nyambek tidak mampu memecahkan rekod tersebut.

Pelari yang berjaya memecahkan tembok 21 saat iaitu Azmi Ibrahim juga sedikit kurang apabila mencatatkan 20.97 saat berbanding catatan rekod 20.92 saat itu.
Dalam keadaan sekarang yang memperlihatkan saingan raja pecut ada kemungkinan rekod tersebut mampu dipecahkan oleh barisan pelari muda negara.

Pelari sensasi, Khairul Hafiz Jantan yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter disebut-sebut mampu memecahkan rekod dalam acara tersebut dengan catatan terbaik 21.01 saat.
G.Aravin yang meurpakan pencabar utama juga telah mencatatkan masa yang agak baik. Catatan 21.04 saat mungkin mampu dikurangkan dalam sedikit masa lagi. Pelari didikan Watson Nyambek, Jonathan Nyepa juga mempunyai potensi untuk memecahkan rekod dengan catatan terbaik 21.18 saat.

Untuk rekod, pelari dari Terengganu, Nazmizan Muhammad merupakan pelari terakhir mengondol emas acara 200 meter apabila menjuarainya di Sukan SEA 2003 di Hanoi.
Jadi, mampukah kita melihat satu lagi rekod baru akan dipecahkan pada tahun ini atau kita perlu menunggu lagi?

 

Fakta 200 meter (setakat 13 Jun 2017) :-

Rekod Kebangsaan : Tan Sri Dr M Jegathesan 20.92 saat 1968, Sukan Olimpik Mexico

Rekod  ASEAN : Reanchai Seeharwong(THAI)  20.69 saat 1999, Sukan SEA Brunei

Reanchai Seeharwong
Selain rekod Tan Sri Dr. M Jegathesan, pelari juga perlu mencabar rekod ASEAN pelari pecut Thailand Reanchai Seeharwong

Rekod ASIA : Femi Ogunode(QAT) 19.97 saat 2015, Memorial Van Damme

Rekod EROPAH :Pietro Mennea (ITA) 19.72 saat 1979 Universiad, Mexico

Rekod DUNIA : Usain Bolt (JAM) 19.19 saat 2009, Berlin

Dapatkan kasut spike pecut
zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Mampukah rekod kebangsaan 200 meter dipecahkan?

  1. Walaupun perbezaan jarak masa diantara setiap pelari cuma beberapa detik, tapi tetap jauh perbezaan jarak sebenar dalam acara balapan…

Leave a Reply