LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Mampukah Pablo Aimar memberi impak kepada Liga Malaysia

Mungkin agak terlewat sikit menulis entri ini memandangkan Pablo Aimar, bekas pemain kebangsaan Argentina ini telahpun menandatangani kontrak selama 2 tahun beserta tawaran sambungan selama 3 tahun dengan skuad Johor Darul Takzim(JDT) bermula musim 2014.
Pablo Aimar
Pemain yang mempunyai 52 caps mewakili Argentina serta bermain di Piala Dunia 2002 dan 2006 ini pernah bermain bersama beberapa kelab terkemuka dunia seperti River Plate (Argentina), Valencia (Sepanyol), Real Zaragoza(Sepanyol) dan Benfica (Portugal). Berita kemasukan pemain midfield berstatus bintang ke JDT ini mendapat liputan dari media tempatan dan juga media luar. Pablo Aimar yang juga ditawarkan untuk bermain di beberapa kelab memilih Malaysia atas dasar sentimental apabila membantu skuad Argentina remaja menang Kejohanan Dunia tahun 1997 di Stadium Larkin.
Ini sedikit sebanyak membuka mata kepada orang luar tentang Liga Malaysia itu sendiri. Jika sebelum ini mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang Liga ini tapi dengan status kemasukan pemain bintang ini pasti memberikan impak publisiti kepada Liga itu sendiri.
Namun yang menjadi persoalannya, adakah pemain import termahal Liga Malaysia ini akan memberi impak kepada skuad JDT dan Liga Malaysia amnya? Adakah kemampuan beliau masih lebih tinggi dari pemain dalam Liga Malaysia yang lain? Walaupun beliau pernah menjadi antara jagoan tapi usianya yang telah meningkat 34 tahun pada 2014 mungkin sedikit sebanyak memberi kesan pada prestasi beliau.
Walaupun pernah disamakan dengan lagenda Argentina, Diego Maradona serta menjadi idola pemain terbaik dunia, Lionel Messi namun pencapaian beliau mungkin berbeza di Malaysia. Selain dari faktor umur, mungkin juga corak permainan dan cuaca akan memberi kesan. Diharap Pablo Aimar dapat memberikan persembahan terbaiknya dalam Liga Malaysia ini sekaligus akan meningkatkan lagi kualiti pasukan. Dari segi komersial pula, pihak JDT mungkin boleh menggunakan imej beliau untuk menambahkan pendapatan skuad Harimau Selatan. Pasti ramai yang akan membeli jersi Harimau Selatan dengan nama Pablo Aimar nanti. Malahan pasti ada penaja yang akan merisik pasukan JDT untuk mempamerkan jenama mereka pada Pablo Aimar dan juga JDT.

 

Selain itu pihak pengurusan JDT juga perlu memberi perhatian yang lebih kerana gaji beliau pasti tinggi. Jangan isu yang berlaku pada pemain bintang Nicolas Anelka dan Didier Drogba yang bermain di China berlaku di sini.

Jadi apa pandangan anda tentang kemasukan Pablo Aimar dalam skuad JDT? Adakah ia akan memberi impak yang baik atau sebaliknya? Bincang-bincangkanlah sikit.

Sekian

Video Skill Pablo Aimar

p/s :- Tengah tunggu bilalah pasukan Melaka nak tandatangani pemain import hebat-hebat ni. Kalau asyik duduk Liga FAM je mana nak jadi camni kan?

Please follow and like us:
error0

9 thoughts on “Mampukah Pablo Aimar memberi impak kepada Liga Malaysia

  1. Kadang-kadang tanpa sokongan dari pemain yang setaraf kamahirannya akan membantutkan juga prestasi pemaian yang hebat. Ini membuatkan dia saja yang akan menjadi feeder sedangkan pemain lain tidak dapat bertindak sebagai feeder padanya…sekadar pandangan amatur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)