LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Mampukah Ong Kim Swee membawa perubahan

Mungkin ramai peminat bolasepak negara yang sedia maklum bahawa jurulatih negara, Datuk K Rajagopal tidak disambung kontraknya selepas 31 Disember ini. Tugasan beliau akan disandang oleh jurulatih skuad Harimau Muda iaitu Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara sebelum pelantikan jurulatih tetap dilakukan.
Keputusan mesyuarat EXCO FAM untuk memberikan peluang kepada jurulatih kelahiran Melaka disambut baik oleh peminat bolasepak tempatan. Ini berikutan kegagalan Datuk K Rajagopal untuk memberikan keputusan yang baik selepas kejayaan beliau membimbing skuad negara menjuarai Piala AFF pada tahun 2010. Selepas itu, kegagalan beliau untuk melakukan perubahan menyebabkan skuad bolasepak negara mengalami kegagalan dimana sasaran untuk mengekalkan Piala AFF dan seterusnya gagal layak secara automatik ke Piala Asia 2015 menjadi antara punca utama tugas beliau sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan tidak diperlukan lagi.

ong-kim-sweeg

Ong Kim Swee yang bakal memegang 2 jawatan penting secara serentak iaitu sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya dan Harimau Muda bukanlah satu tugas mudah. Ia berikutan tugas sebagai Harimau Malaya lebih mencabar kerana pemain yang bakal dipilih adalah berdasarkan prestasi pemain yang berada di pasukan berbeza. Ini berbeza bagi skuad Harimau Muda yang telah dikumpulkan bersama untuk jangka waktu yang panjang. Namun ia bukanlah mustahil kerana terdapat banyak jurulatih di luar negara yang menjalankan kerja serentak dimana menjadi jurulatih kelab dan negara secara serentak. Walaupun jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya mungkin hanya seketika namun sekiranya terdapat perkembangan positif untuk skuad Harimau Malaya pasti beliau akan dilantik untuk jawatan tetap. Pasti akan ada KPI yang telah ditetapkan oleh FAM bagi menugaskan Ong Kim Swee bagi menggantikan K Rajagopal ini.
Apa pula pendapat anda? Adakah anda merasakan bahawa Ong Kim Swee mampu membawa perubahan besar dalam skuad Harimau Malaya? Dan adakah tugas beliau sebagai jurulatih Harimau Muda tidak akan terganggu? Apapun selamat berjaya kepada Datuk Ong Kim Swee dan terima kasih kepada Datuk K Rajagopal atas sumbangan beliau sebagai jurulatih negara.

Sekian

Please follow and like us:
error0

10 thoughts on “Mampukah Ong Kim Swee membawa perubahan

  1. Saya rasa OKS mampu membawa perubahan besar. Dulu semasa lawan Chelsea, walaupun OKS menggunakan skuad kedua negara tapi hanya tewas 1-0 sahaja. Apa pun kita tunggu dan lihat nati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)