LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Mampukah Indra Putra Mahayuddin mencapai angka 100 gol Liga Super

Bekas penyerang kebangsaan. Indra Putra Mahayuddin mempunyai matlamat dalam Liga Super 2019 iaitu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya lima gol dalam musim ini. Kenapa ? Ini kerana beliau ingin menjadi pemain tempatan pertama mencapai angka 100 gol di Liga Super.
Nampak angka tidak terlalu jauh tapi ia bukan mudah apatah lagi pemain yang mewakili Kuala Lumpur itu sudah pun berusia 38 tahun. Pemain yang memulakan aksi professional dengan pasukan Perak pada tahun 1998 itu juga merupakan satu-satunya pemain tempatan yang berjaya memenangi kasut emas Liga Super pada tahun 2004 ketika mewakili Pahang.
Persembahan yang menakjubkan di peringkat kelab membantu beliau mewakili pasukan Malaysia dimana 16 gol terhasil dalam 52 caps yang disertai dalam skuad senior.
Pastinya gol separuh akhir ketika Piala AFF 2014 menentang Singapura menjadi antara gol yang akan diingati oleh beliau.

[ Gol Indra Putra menentang Singapura di Piala AFF 2014 ]

Indra Putra merupakan seorang pemain yang aggressif dan sering memberikan aksi terbaik ketika dalam padang. Memang ada kalanya mendapat kad-kad yang tidak sepatutnya namun beliau adalah antara pemain penyerang terbaik ketika generasinya.
Ligakampung.com juga meminati kepantasan beliau di zaman mudanya. Beraksi di bahagian sayap, Indra sering mengucar kacirkan pertahanan lawan. Apabila usia sudah meningkat posisinya mula berubah ke bahagian tengah namun beliau masih mampu beraksi dengan pemain yang lebih muda darinya.
Mungkin kudratnya sudah dimamah usia dan pergerakan tidak selaju dahulu tetapi tidak mustahil jaringan gol masih mampu dilakukan oleh beliau. Kami di Ligakampung.com yakin yang Indra mampu untuk menghasilkan 5 gol pada tahun ini sekaligus mencatat sejarah tersendiri di Liga Super Malaysia.
Semoga berjaya Indra.

Saksikan 80 Gol Indra Putra Mahayuddin

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)