Malaysia tumpaskan Pakistan pada peringkat Super 4 Kejohanan Hoki Piala Asia 2017

Skuad hoki lelaki Malaysia berjaya menangani aksi Pakistan selepas menumpaskan pasukan lawan dalam perlawanan peringkat Super 4 Kejohanan Hoki Hero Piala Asia 2017 yang berlangsung di Bhashani, Dhaka, Bangladesh sebentar tadi.
Perlawanan yang cukup penting ini menyaksikan pasukan negara dikejutkan oleh pemain penyerang berbisa Muhammad Umar Bhutta seawal minit pertama. Pemain yang pernah beraksi untuk Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) dalam saingan hoki Liga Malaysia itu melakukan satu pukulan yang berjaya menumpaskan penjaga gol S Kumar.
Gol tersebut menyebabkan skuad negara menggandakan asakan. Hasilnya, Razie Rahim berjaya menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 25.
Ini juga merupakan gol pertama Razie dalam kejohanan kali ini.

Dalam cuba untuk mencari gol kedua, skuad negara ketinggalan lagi. Kali ini pukulan percuma yang diambil oleh Abu Mahmood dibias oleh Muhammad Yaqoob yang tidak dikawal oleh pemain pertahanan lawan pada minit ke 19. Penyerang berbakat, Shahril Saabah berada pada tempat yang tepat apabila penjaga gol Pakistan, Amjad Ali terlepas kawalan bola.
Shahril yang berhadapan dengan gawang yang kosong tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan gol penyamaan buat pasukan negara.

tengku ahmad tajuddin
Pemain veteran, Tengku Ahmad Tajuddin mengawal bola untuk melakukan serangan. Kredit Gambar Facebook Malaysia Hockey Federation

Pada minit ke 34 pemain hoki negara, Muhammad Haziq Samsul berjaya melepasi pertahanan lawan di dalam kotak penalti namun terjahan penjaga gol Pakistan memberikan pukulan penalti kepada skuad negara.
Fitri Saari yang ditugaskan untuk mengambil tanggungjawab itu tidak mengalami masalah untuk menjaringkan gol sekaligus memberikan kelebihan kepada skuad negara. Pemain yang sebelum ini hampir tidak beraksi atas sebab kesihatan anaknya hampir menggandakan jaringan namun tersasar ke sebelah kanan pintu gol lawan.
Pasukan negara cuba mengasak untuk mendapatkan gol namun tidak berjaya menembusi pintu gol lawan tatkala pasukan Pakistan sukar untuk menembusi barisan tengah pasukan negara.

Kedudukan kekal 3-2 dan pasukan negara akan meneruskan persaingan dalam Super 4 apabila bakal bertemu pasukan pilihan , India esok pada jam 7.30 malam waktu Malaysia.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply