Nampaknya kemarau kemenangan di tempat lawan semakin berpanjangan bagi skuad bola sepak negara. Dalam perlawanan persahabatan pada malam semalam (Jumaat 7 Septemeber 2018), skuad negara mempamerkan aksi longlai apabila ditumbangkan skuad Taiwan dengan keputusan 0-2 di Stadium Perbandaran Taiwan di Taiwan.
Pasukan tuan rumah menampakkan dominasi apabila melakukan asakan bertali arus dan berjaya merobek gawang negara pada minit ke 13 melalui Wu Chun-Ching.
Skuad negara cuba untuk mengimbangi perlawanan namun tidak mampu menghasilkan sebarang jaringan pada separuh masa pertama.
Taiwan yang memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemangat berjaya menghasilkan gol kedua melalui Chu En-le pada minit ke 53 sekaligus memastikan kemenangan bagi tuan rumah.
Tan Cheng Hoe dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa keadaan padang yang agak basah menyebabkan para pemain sukar untuk membiasakan diri dengan corak permainan yang diterapkan.
Ligakampung.com berharap bahawa satu perubahan dari segi taktikal perlu dilakukan oleh Tan Cheng Hoe untuk memperbaiki skuad negara.
Walaupun sekadar perlawanan persahabatan namun penyokong masih mengharapkan keputusan yang baik
Saksikan Video Highlight Malaysia vs Taiwan
semoga semakin berhasil team sepakbola malaysia