LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia sekadar tempat ke 4 HERO Liga Hoki Dunia 2017 Separuh AKhir

Pasukan hoki lelaki Malaysia yang telah berjaya melayakkan diri ke Hoki Piala Dunia 2018 menamatkan aksi Liga Hoki Dunia 2017 Separuh Akhir di tangga keempat.
Sekali lagi, pasukan hoki Malaysia tampak tidak mampu untuk bersaing dengan pasukan tuan rumah, England. Jika pada perlawanan peringkat kumpulan, skuad Malaysia di belasah tuan rumah dengan keputusan 3-7, pada peringkat penentuan tempat ke3/4 pasukan negara kalah 1-4.

Pasukan tuan rumah yang bermula garang menjaringkan gol seawal minit ke 5 melalui pemain Martin Harry melalu pukulan sudut penalti.
Belum sempat pasukan negara menyusun gerakan, gol kedua terhasil melalui gerakan padang yang disempurnakan David Ames pada minit ke sembilan.
Masih tidak berpuas hati, pasukan England meneruskan dan hasilnya Martin Harry mendapatkan gol kedua melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 28.

Pakar Sudut Penalti England – Harry Martin yang menjaringkan dua gol untuk pasukannya.

Penyerang Malaysia, Faizal Saari berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 53 namun Phil Roper memusnahkan sisa untuk bangkit apabila menghasilkan gol padang pada minit ke 59.
Walaupun tumpas namun Ligakampung tetap mengucapkan tahniah kepada barisan skuad negara cuma pasukan negara perlu mencari IDEA untuk beraksi dengan pasukan handalan selepas ini.

Kalau dilihat dalam keputusan perlawanan di London ini, skuad negara hanya MAMPU menang ke atas pasukan Asia sahaja sebaliknya mengalami kesukaran berhadapan pasukan Argentina dan England.
Sesuatu perlu dilakukan kerana ada kemungkinan kelemahan di sebabkan oleh fizikal pasukan lawan yang lebih mantap.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Malaysia sekadar tempat ke 4 HERO Liga Hoki Dunia 2017 Separuh AKhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)