post

Malaysia Raih Dua Pingat Pada Terbuka Australia

Dua atlet lompat tinggi Malaysia berjaya meraih dua pingat teratas dalam acara lompat tinggi lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Australia 2017 di Pusat Olahraga Sydney Olympic Park pada Sabtu lalu.

Lee Hup Wei berjaya meraih pingat emas selepas melalukan lompatan pada ketinggian 2.24 meter untuk menumpaskan rakan senegara Nauraj yang hanya mampu melepasi ketinggian 2.21 meter sementara atlet tuan rumah, Joel Baden merangkul pingat gangsa dengan lompatan 2.18 meter.

Keputusan dicatat oleh kedua-dua atlet negara masih rendah berbanding rekod kebangsaan yang dicatat oleh Nauraj iaitu 2.29 meter yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2016.

Keputusan ini memberikan petanda positif kepada skuad olahraga negara terutama dalam acara lompat tinggi yang hampir pasti menjanjikan pingat emas untuk negara dalam acara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada 19-31 Ogos depan. Diharap mereka cuba memperbaiki dan tidak terlalu yakin pada aksi Sukan SEA. Semoga mereka juga mampu memecahkan tembok 2.30 meter nanti.Siapa yang akan memecahkan rekod tersebut? Adakah Lee Hup Wei atau Nauraj? Kita tunggu dan lihat.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.