post

Malaysia muncul naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020

Ketiadaan pasukan China akibat isu Coronavirus memberikan ruang yang lebih kepada skuad badminton negara dalam acara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 yang berlangsung di Rizal Memorial Coliseum, Manila.
Kejohanan berpasukan itu menyaksikan skuad lelaki negara berjaya melakar kejutan ke akhir manakala skuad wanita kandas di peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada jagoan, Jepun. Bagi pasukan lelaki, skuad jiran Indonesia berjaya menafikan hajat skuad negara untuk memenangi kejohanan ini buat kali pertama.
Dalam perlawanan akhir yang telah selesai berlangsung sebentar tadi, skuad negara tumpas 1-3 dimana perseorangan negara , Lee Zii Jia terpaksa akur kepada kehebatan perseorangan pertama Indonesia, Anthony Ginting dengan keputusan 20-22, 16-21.

Beregu pertama negara pula cuba bersaing pada set pertama namun mudah ditundukkan pada set kedua dan tumpas dengan keputusan 20-22, 16-21.
Ketika skuad negara sudah hampir pasti untuk tumpas, pemain perseorangan negara Cheam June Wei melakukan kejutan mendapatkan mata pertama negara selepas menumpaskan pemain Indonesia, Jonathan Christie dengan keputusan 21-16, 17-21 ,24-22.
Harapan yang disandarkan kepada beregu kedua Ong Yew Sin/ Teo EE Yi untuk mendapatkan mata kedua gagal selepas mereka ditumpaskan oleh pasangan Mohammad Ahsan/ Fajar Alfian dengan keputusan 18-21,17-21.

Sumber :- HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.