LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia layak ke kempen kelayakan Sukan Olimpik 2020

Skuad hoki negara terselamat dari GAGAL ke Olimpik 2020 selepas berjaya ke pentas akhir Pusingan AKhir Siri FIH 2019 selepas menumpaskan pasukan juara hoki dalam dewan, Austria 3-1 sebentar tadi. Meskipun masih belum layak ke Sukan Olimpik namun skuad negara masih berpeluang untuk beraksi di Tokyo sekiranya berjaya dalam kempen kelayakan yang bakal berlangsung pada hujung Oktober dan awal November tahun ini.

Skuad negara yang sebelum ini mempersiakan peluang layak ke Olimpik 2020 secara automatik selepas tumpas di perlawanan akhir Sukan Asia 2018 berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke 11. Meskipun skuad negara berusaha untuk mendapatkan gol namun Austria bejaya melakukan satu jaringan cantik menerusi Leon Thornblom pada minit ke 35.

Ketika perlawanan berbaki 5 minit, skuad negara berjaya menambah gol kedua menerusi Muhammad Marhan Mohd Jalil . Tatkala barisan Austria yang dibarisi pemain hoki remaja terbaik dunia, Fabian Unterkircher  cuba melancarkan serangan , Meor Muhammad Azuan Hassan menamatkan sisa perjuangan Austria selepas melancarkan pukulan padu menewaskan penjaga gol lawan dua minit sebelum aksi penamat sekaligus memberikan kemenangan kepada skuad negara serta slot ke kempen kelayakan Sukan Olimpik 2020.

Esok, skuad bimbingan  Roelant Oltmans akan bertemu pasukan Kanada pada perlawanan akhir.

Ligakampung mengucapkan syabas kepada barisan pemain hoki negara tetapi perjuangan belum berakhir dan masih banyak perlu diperbaiki. Barisan pertahanan negara agak rapuh dan ia boleh diperhatikan ketika aksi menentang China dan Itali. Ini perlu diperbaiki bagi mengelakkan skuad holki negara berputih mata untuk beraksi dalam Sukan Olimpik tahun depan.

Apa yang pasti, mental dan stamina skuad hoki negara perlu dipertingkatkan dengan seberapa segera bagi memastikan persaingan yang lebih sengit pada kempen kelayakan yang bakal berlangsung di Malaysia mampu menjadi medan untuk skuad negara beraksi lebih baik.

Ooo ye, ada sedikit pergeseran yang berlaku dalam perlawanan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)