Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia kempunan dalam acara berpasukan Piala Raja Thailand

Impian untuk menumbangkan gergasi sepak takraw masih belum tercapai dalam acara berpasukan. Skuad negara yang merehatkan barisan pemenang pingat emas acara regu di Sukan Asia 2018 menyaksikan pasukan Thailand terlalu gagah untuk ditewaskan.
Dalam perlawanan akhir acara berpasukan Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand edisi ke 33 yang berlangsugn di Korat, menyaksikan Trio Said Ezwan Said De (tekong), Fadzil Mustapa (perejam) dan Azwan Muhrim (pengumpan) membuka langkah longlai regu pertama negara setelah tewas 12-21, 17-21 kepada Kritsanapong Nonthakote, Anuwat Chaichana dan Assadin Wongyota.

Episod sama diulangi oleh regu kedua Hairul­ Hazizi Haidzir, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Aidil Aiman Azwawi yang dibenam Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee 12-21, 15-21 biarpun sempat mendahului lawan 5-0 pada set kedua. Pada aksi separuh akhir, Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 (21-19, 21-11), (13-21, 8-21) dan (21-13, 21-10) yang turut menghampakan skuad negara pada perlawanan akhir antara regu, 18-21, 21-10, 13-21, Rabu lalu, namun tuan rumah secara sukarela tidak menyertainya.

Anak-anak buah Khairul turut menjuarai Kumpulan D dengan menumpaskan Laos dan China 3-0 serta Taiwan 2-0 (suku akhir).

Malaysia kali terakhir menjuarai acara berpasukan adalah pada tahun 1988 iaitu 30 tahun yang lalu.
Skuad negara turut gagal membawa pulang sebarang gelaran dalam dua lagi acara kali ini apabila disekat Thailand 10-21, 21-18, 17-21 dalam separuh akhir kuadran dan Laos 21-23, 20-22 pada aksi suku akhir beregu.

Tahun lalu mereka sempat me­nyandang gelaran antara regu dan kuadran, masing-masing dengan menewaskan Indonesia dan Singa­pura di Bangkok tetapi masih tanpa penyertaan Thailand.

Sumber :-Kosmo

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)