LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia ke Separuh Akhir , Hadapi India

Pasukan hoki lelaki Malaysia melangkah ke separuh akhir Liga Hoki Dunia selepas mengalahkan pasukan hoki China dengan keputusan 5-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Pusat Hoki dan Tenis Lee Valley , London.

Memerlukan seri bagi mendapatkan peluang automatik ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018, pasukan dengan gelaran Speedy Tiges memulakan langkah apabila Faizal Saari mengelecek menewaskan tiga pertahanan China sebelum melakukan penyudah pada minit ke 2.
Sepuluh minit kemudian Najmi Jazlan menyempurnakan pukulan sudut penalti. Pakar sudut penalti negara, Razie Rahim berjaya mendapatkan dua gol melalui pukulan penalti stroke dan pukulan sudut penalti pada minit ke 20 dan 27.

Selepas mendapat 4 gol, pasukan negara sedikit mengendurkan serangan dan pasukan China dihadiahkan penalti stroke selepas Najmi melakukan kesilapan di dalam kotak penalti. Pukulan penalti stroke itu disempurnakan oleh Du Talake pada minit ke 43. Pemain tengah negara berjaya menyempurnakan penalti stroke pada minit ke 47 sekaligus menutup ruang bagi skuad China untuk bangkit.

Pasukan hoki negara akan bertemu India pada perlawanan separuh akhir pada Khamis , 22 Jun 2017 jam 10.30 malam (waktu Malaysia) selepas memastikan tempat ketiga dalam Kumpulan A.
Pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir ini juga akan layak ke Kejohanan Liga Dunia pada Disember ini bersama empat lagi pasukan yang bertarung dalam Kejohanan yang sama di Johannesburg.

// Sebenarnya admin ada sedikit keliru samada pasukan hoki negara dapat layak ke Piala Dunia secara automatik atau berdasarkan kedudukan pasukan lain. Kalau anda mempunyai pendapat boleh kongsikan di sini. Memang agak ‘complicated’ sikit kelayakan bagi hoki berbanding kelayakan bagi bola sepak ni.

Kalau ikut rujukan dari website MHC ni dapat layak secara automatik tapi ada beberapa komen mengatakan perlu MENANG menentang India atau mengharap keputusan pasukan lain.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)