Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Alhamdulillah, nampaknya pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia berjaya menjejak kaki ke separuh akhir setelah menumpaskan musuh tradisi, Thailand 2 -1.
Jaringan pertama oleh Thailand melalui tendangan percuma oleh Arthit Sunthornphit namun Nasriq Baharom menyamakan keadaan. Nasriq Baharom menjadi wira bila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90..
– Diterjemah secara lintang pukang berdasarkan berita dari channelnewsasia
Jumpa juga gol-gol kat youtube
Malaysia akan bertemu tuan rumah, Laos dalam pertembungan separuh akhir nanti..
Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan oleh skuad kebangsaan yang dahagakan pingat emas setelah sekian lama menanti. Harap-harap perjuangan mereka tidak tersekat setakat di sini dan jangan lupa bahawa sasaran adalah untuk mengapai pingat emas. Ini baru langkah pertama dan belum mendapat sebarang ganjarannya..
RSS Feed
Twitter



December 11th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


yeah~ go malaysia!
Reply
harap2 masuk final la lepas ni..
Reply
bukan nasriq yang jaring gol kemenangan pada minit ke 90 la bro. fakhri sharani la.baca berita elok2 sebelum publish post.huhu
Reply
tahniah Malaysia.Hope dapat emas.Tak sia-sia aku support squad kali ni
Reply
insyALLAH malaysia dpt emas…but kalu blh akhr lwn vthm,dpt tbs maruah…
Reply
Kak Tie tak minat bola laa… cuma masa zaman arwah Mokhtar Dahari dulu je.
Tapi kalau Malaysia berjaya, kak tie tentu suka.. jadi tukang sorak je.. hehe..
Reply
Malaysia boleh !!!!!hi hi hi..majulah sukan utk negara..
Reply
semua –> harap2 kita dpt rangkul pingat emas.. Lawan Laos ni susah gak sebab tuan rumah.. dari segi pengadilan dah tentu advantage kat diorang..
Reply
Menagapa kita slalu memuji selepas msia menang sesuatu perlawanan. Sbg contoh..Kmanangan msia ke atas Thailand mesti dilihat di atas keseluruhan kejohanan.Targetnya di sini ialah Kejohanan Sukan Sea dan ganjarannya ialah Pingat Emas. Kalau asyik lihat performance pada satu perlawanan saje. Itu bute namanya. Sebab aripada dulu lagi sejak beberapa tahun kita lihat persembahan msia macam yo-yo.Bila kita tidak beri harapan menang..mereka boleh menang dan kita pun memuji. Lepas tu kita pun beri harapan..harap harap boleh menang lagi tapi sayang lepas tu mereka tidak konsisten. Saya bukan anti pasukan kebangsaan malah kalau boleh saya ingin msia berjaya macam zaman aruah Mokhtar Dahari dulu. Sebab tu saya tdak mahu memberi komen positif walaupun msua mnang ke atas Thailanad baru0baru ini. Satu perlawanan tidak berguna kalau matlamat sebenarnya tidak tercapai.Atau dgn kata lain Mng atas thailand tidak memberikan apa-apa kalau tidakmenang pingat emas.Nasihat saya kalau nak bagi komen pun tengok dulu fungsi kejohanan ..kalau kita asyik lihat dan puji pada satu perlawanan saje takut kita dikecewakan lagi kerana zaman gersang bolasepak msia sudah terlalu lama bukan saja di asia malah di peringkat asia tenggara pun kita jauh ketinggalan.Fikir-fikirkanlah…
Reply
zool
Reply:
December 16th, 2009 at 19:48
terima kasih atas komen yang panjang lebar..
terpulang kepada persepsi masing2 ..
Reply