LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia di tempat kelima Kejohanan Separuh AKhir Hoki Liga Dunia 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malaysia berjaya mendapat tempat ke 5 Kejohanan Separuh Akhir Hoki Piala Dunia 2013 di Johor Bahru selepas menang pada perlawanan penentuan klasifikasi ke 5-6. Pada perlawanan ini, pasukan kendalian Paul Revington menumbangkan pasukan Jepun melalui pukulan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh.
Pasukan hoki Malaysia mendahului pada minit ke 10 selepas pakar sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim menjaringkan gol keenamnya dalam kejohanan ini selepas penguasaan skuad Malaysia.

Kelekaan pada minit terakhir separuh masa pertama apabila pemain Jepun, Shinji Kawauchi berjaya menjaringkan gol pada minit ke 29. Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling mencuba untuk mendapatkan gol tetapi gagal sehingga masa tamat. Pasukan Malaysia bernasib baik apabila pukulan penalti memihak kepada skuad kebangsaan dengan keputusan 4-3.

hwl
Kredit Gambar :- FIH

Keputusan lain perlawanan akhir Liga Hoki Dunia
Klasifikasi 7-8
Amerika Selatan lwn Pakistan 2-6 (0-1)

Klasifikasi 5-6
Malaysia lwn Jepun 1-1 (1-1) [ 4-3 (penalti)]

Klasifikasi 3-4
England lwn Korea 2-1 (1-0)
** England layak ke Hoki Piala Dunia 2014.

Juara dan Naib Juara 4-2 (1-1)
Jerman lwn Argentina
** Jerman menjadi juara kejohanan ini. Sesuai dengan reputasi sebagai pasukan ranking no 1 hoki dunia. Kedua-dua pasukan layak ke Hoki Piala Dunia 2014

Sekian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)