LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia bida tuan rumah Hoki Piala Dunia 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya Malaysia terpilih dalam senarai negara yang melakukan bidaan bagi menganjurkan kejohanan hoki Piala Dunia 2018. Menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Malaysia termasuk dalam senarai 5 negara yang disenarai pendek untuk ke pusingan kedua bidaan sebagai penganjur Piala Dunia 2018.
Kursus berkaitan syarat penganjuran Piala Dunia akan diadakan pada April ini dan keputusan bagi negara yang akan menjadi tuan rumah akan diumumkan pada November depan. Selain Malaysia pasukan yang tersenarai ialah England, Australia, India, Belgium dan New Zealand.
piala sultan johor 478x300
photos upload

Gambar Hiasan
Disamping itu, skuad hoki kebangsaan juga akan berdepan 2 kejohanan penting iaitu Liga Dunia pusingan separuh akhir dari 29 Jun hingga 3 Julai di Johor dan Piala Asia di Ipoh, Perak dari 23-31 Ogos ini. Kedua-dua kejohanan ini penting kerana ia memberi tiket bagi skuad hoki negara melangkah ke Piala Dunia 2014 yang bakal diadakan di Belanda.
Kali terakhir skuad hoki Malaysia layak ke Piala Dunia ialah pada 2002 sebagai tuan rumah di Kuala Lumpur dimana pasukan hoki negara meraih tempat kelapan. Untuk makluman, pencapaian terbaik Malaysia di Piala Dunia adalah mendapat tempat keempat pada 1975.
– BERNAMA

Ini merupakan satu usaha baik yang dilakukan oleh Persekutuan Hoki Malaysia. Membida untuk menjadi tuan rumah dalam kejohanan terbesar hoki pasti akan meningkatkan lagi semangat skuad hoki negara yang akan berjuang mendapatkan tempat dalam Piala Dunia 2014. Selain itu, sekiranya Piala Dunia diadakan di Malaysia pasti ia akan memperkembangkan lagi sukan hoki di Malaysia.
Walaupun saingan pasti sukar kerana dicabar oleh beberapa kuasa besar hoki namun tidak mustahil Malaysia mampu memenangi bidaan itu kerana telah terbukti negara kita mempunyai kemampuan dari segi kemudahan hoki bertaraf antarabangsa. Lagipun agak lama juga Malaysia tidak menganjurkan kejohanan hoki Piala Dunia ni dan pasti peluang ini mampu memberi impak yang baik pada ekonomi Malaysia itu sendiri.

Sekian.

p/s :- Bolasepak takde cita-cita nak bida jadi tuan rumah ke? Mungkin dengan kaedah jadi penganjur baru boleh layak ke Piala Dunia kot..

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Malaysia bida tuan rumah Hoki Piala Dunia 2018

  1. tahniah kepada skuad hoki
    bolasepak kita pula masih di laut, bro
    lambat lagi nak sampai ke darat dan ke piala dunia
    huhu

  2. Hoki semakin berjaya, bola sepak tak tahu kemana semakin mundur baik tahun 70-80’an dulu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)