LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia bakal senarai pasukan terkuat hadapi Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2017

JURULATIH futsal kebangsaan Chiew Chun Yong menyenaraikan 14 pemain terkuat bagi menghadapi Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2017 di Ho Chi Minh, Vietnam bermula Khamis ini hingga 3 November.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, 12 daripada 14 pemain itu merupakan pemain daripada skuad yang meraih pingat perak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lepas.

Bagi melengkapkan senarai 14 pemain ke Vietnam, Chun Yong telah menyenaraikan Saiful Nizam Mohd Ali dari Melaka dan Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak) bagi menggalas cabaran negara pada kejohanan yang dijadual berlangsung di Stadium Phu Tho itu.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bakal memulakan aksi pertama menentang Timor-Leste pada Khamis ini diikuti Laos (Jumaat) sebelum bertemu juara bertahan, Thailand pada Sabtu.

Kumpulan A pula dibarisi pasukan tuan rumah Vietnam, Myanmar, Brunei, Filipina dan Indonesia.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir, sekali gus mengisi empat slot ASEAN layak ke Kejuaraan Futsal AFC 2018 di China Taipei, Februari tahun depan.

Sebagai persiapan terakhir menghadapi kejuaraan itu, skuad negara telah menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang skuad kebangsaan Qatar di Doha yang menyaksikan skuad negara seri 1-1 pada perlawanan pertama pada 13 Okt sebelum menang 5-4 pada aksi kedua (15 Okt).

Sebagai rekod, pencapaian terbaik pasukan negara adalah muncul naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2003, 2005 dan 2010.

Berikut adalah senarai 14 pemain yang dipilih bagi menghadapi Kejuaraan AFF 2017:

Penjaga Gol: Mohd Firdaus Razali (Melaka), Azrul Hadee Mohd Taufiq (Felda United).

Fix: Abu Haniffa Hasan (Melaka), Mohd Azwann Ismail (Felda United), Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak), Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang).

Ala: Muhammad Awaluddin Hasan (Melaka), Yazid Kamaruzuan (Melaka), Muhammad Azri Rahman (Felda United), Syed Aizad Daniel Syed Nasir (Felda United), Mohamad Awalluddin Mat Nawi (Perak).

Pivot: Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Melaka), Saiful Nizam Mohd Ali (Melaka), Mohd Ridzwan Bakri (Pahang). – Bernama

ridzwan bakri
Mohd Ridzwan Bakri (Pahang) juga terpilih mewakili skuad Futsal Malaysia

 

Sumber Gambar :-  Facebook Arena Futsall Malaysia

Good luck futsal Malaysia. Diharap kali ini mampu melakukan kejutan untuk menjuarai kejohanan kali ini. Boom terus.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)