Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia bakal jadi tuan rumah Piala Dunia 2034?

Jangan terkejut pula. Ni tajuk propa je dari Jamal sebab nak kasi panas sikit Hari Raya ni.
Tapi tak mustahil kalau Malaysia mampu menjadi penganjur bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia.
Ini dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, Tengku Abdullah Sultan AHmad Shah kerana peluang terbuka jika terdapat kesepakatan antara tiga negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN) untuk membida bagi menganjurkan pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2034.
Ini berikutan kejayaan pasukan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah bersama pada edisi 2026.

Memang hakikatnya sudah sampai masa negara rantau Asia Tenggara diberi peluang dan masih mempunyai masa yang cukup mempertingkatkan infrastruktur dan memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing,” katanya.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari menyertai Kongres FIFA di Moscow semalam yakin Malaysia juga mampu menjadi salah sebuah negara tuan rumah berdasarkan kelengkapan infrastruktur yang ada.

Mengenai peluang pasukan-pasukan pakatan negara Asia Tenggara memperoleh slot istimewa selaku tuan rumah tanpa mengharapkan kuota Asia, Tengku Abdullah berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan selaras dengan cadangan pertambahan pasukan yang menyertai Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026. – Bernama

Jamal rasa ini satu peluang untuk menyertai Piala Dunia dengan lebih mudah. Lagipun fasiliti di Malaysia memang dah mampu capai tahap Piala Dunia tu. Tengok je Stadium Bukit Jalil yang mampu mengisi lebih 100,000 penonton. Ditambah dengan beberapa lokasi stadium lain yang semakin mencapai tahap antarabangsa. Jadi dari segi fasiliti memang Malaysia mampu untuk menganjurkan kejohanan sebesar itu.

Tapi tak mustahil juga dalam tempoh 10 tahun lagi skuad bola sepak Malaysia mampu beraksi secara merit di Piala Dunia. Ini dengan perkembangan baik dari program NFDP yang mempunyai misi untuk layak ke Piala Dunia dalam tempoh tersebut.
Harap-harap tercapailah nak tengok skuad bola sepak Malaysia ke Piala Dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.