Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia bakal bertemu New Zealand

Pasukan bola sepak Malaysia bakal mendapat perlawanan kompetitif pada bulan ini. Pasukan New Zealand dijangka akan menjadi pesaing bagi mengisi jadual ketika kalendar perlawanan antarabangsa Persekutugan Bola Sepak Antarabangsa FIFA pada bulan ini.
Menurut Timbalan Presiden FAM yang kacak bergaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi , perbincangan mengenai perlawanan alternatif ini diadakan susulan penangguhan aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

New Zealand yang kini menduduki ranking ke 122 dunia berbanding skuad Malaysia 155 pasti akan menyajikan perlawanan yang hebat. Ketika dunia diancam penularan wabak COVID-19, kebanyakan negara enggan beraksi menentang negara yang mempunyai kes wabak tersebut teramsuklah Malaysia.
Menurut Setiausaha Agung FAM yang bergaya, Stuart Ramalingam kesukaran FAM untuk mendapatkan pasukan menyukarkan mendapatkan perlawanan persahabatan kompetitif apatah lagi kebanyakan persatuan sukan dunia melabel Malaysia sebagai kawasan ‘panas’ COVID-19.

Pada Khamis lalu, FIFA dan AFC sedang mengkaji langkah penangguhan saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia susulan penularan kes COVID-19 di seluruh dunia.
Sebelum ini, skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe dijadual beraksi menentang UAE di Dubai pada 26 Mac sebelum bakal menjadi tuan rumah kepada Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac dalam saingan Kumpulan G.
Pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA Jun depan, Malaysia akan menentang Thailand di Bangkok pada 9 Jun bagi menamatkan kempen kelayakan tersebut.

-BERNAMA

Semoga skuad Harimau Malaya dapat bertemu pasukan yang dapat membantu meningkatkan prestasi skuad negara apatah lagi bakal diserikan dengan pemain naturalisasi yang mempunyai skill hebat, Liridon Krasniqi. Pasti ranking Malaysia akan meningkat mendadak dengan penambahan pemain naturalisasi ini.
Rasanya ramai tak sabar nak menanti kemasukan Liridon ke dalam skuad kebangsaan ni kan?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)