LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Malaysia bakal berdepan saingan sukar Piala Thomas, Uber

Skuad badminton Malaysia dijangka akan menghadapi laluan sukar dalam Piala Thomas dan Uber yang dijadulkan pada 15-21 Mei ini di KUnshan, China.
Ini berikutan undian meletakkan pasukan negara dalam satu kumpulan dengan Korea Selatan(Piala Thomas) dan China (Piala Uber).

Pasukan Piala Thomas Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, England dan Jerman. Meskipun menduduki ranking keenam BWF namun skuad lelaki badminton negara pasti akan menghadapi tentangan sengit dari England dan Korea Selatan.
Cabaran ini pasti sengit apatah lagi pemain senior seperti Lee Chong Wei dijangkakan tidak beraksi bagi memberi tumpuan ke Sukan Olimpik Rio nanti.
Hanya 2 pasukan teratas akan mara ke peringkat kalah mati nanti. Malaysia yang kali terakhir menjuarai kejohanan Piala Thomas pada tahun 1992 pasti ingin melakukan kejutan.
Mungkin agak sukar namun tiada yang mustahil kerana kejohanan sebelum ini iaitu pada tahun 2014 pasukan Malaysia berjaya ke aksi akhir sebelum tumpas di tangan Jepun tatkala tiada yang meramalkan pasukan negara untuk layak ke akhir.

Pasukan Uber wanita pula perlu berdepan dengan tentangan China, Denmark dan Sepanyol dalam Kumpulan A. Pastinya seperti tiada harapan untuk ke peringkat seterusnya.
Walaubagaimanapun mereka perlu bermain sebaik mungkin dan kejutan boleh dilakukan.

Piala Thomas:

Kumpulan A: China, Jepun, Perancis, Mexico

Kumpulan B: Indonesia, India, Thailand, Hong Kong

Kumpulan c Korea Selatan, Malaysia, England, Jerman

Kumpulan D: Denmark, Taipei, New Zealand, Afrika Selatan

Undian Piala Uber:

Kumpulan A: China, Denmark, Sepanyol, Malaysia

Kumpulan B: Korea Selatan, Taipei, Mauritius, Amerika Syarikat

Kumpulan C: Thailand, Indonesia, Bulgaria, Hong Kong

Kumpulan D: Jepun, India, Australia, Jerman

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)