Malaysia akur di tempat keempat Piala Sultan Azlan Shah 2018

Skuad hoki Malaysia menamatkan aksi kejohana Piala Sultan Azlan Shah 2018 dengan berada di kedudukan keempat selepas tumpas di tangan Argentina 2-3 dalam klasifikasi tempat ketiga/empat.
Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu di Stadium Hoki Azlan Shah menyaksikan skuad negara perlu bersedia dari segi mental selepas dibelasah England pada hari sebelumnya.

Argentina menjaringkan gol pada seawal minit pertama melalui jaringan Juan Lopez. Kemudian minit ke 11, pakar pukulanm sudut penatli Gonzalo Peillat menjaringkan gol pada minit ke 11.
Keadaan ini sedikit mengusarkan apabila 2 gol awal dihasillkan pasukan pelawat namun kali ini skuad negara lebih ampuh bertahan dan serangan menyaksikan Joel Van Huizen menjaringkan gol pada minit ke 24.


Pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke 27 berjaya merapatkan kedudukan dan seterusnya menyaksikan skuad negara cuba untuk mendapatkan gol namun Pedro Ibarra menghasilkan gol pada minit ke 49 melalui pukulan sudut penalti.
Pasukan negara hampir menghasilkan gol penyamaan pada minit-mint akhir perlawanan namun pukulan terus tidak dapat disambar oleh Azri dan Faizal Saari untuk menghasilkan gol penyamaan.
Keputusan kekal 3-2 menyaksikan skuad negara menamatkan kempen di tangga keempat.

Admin menonton kejohanan ini di ASTRO Arena dan didapati barisan pertahanan negara agak longgar. Banyak kesilapan yang dilakukan mengakibatkan gol-gol mudah dihasilkan oleh pihak lawan sekaligus memberikan tekanan kepada skuad negara.
Pertukaran posisi beberapa pemain agak janggal dan menyukarkan untuk menguasai perlawanan. Mungkin selepas ini kemasukan semula Sukri Mutalib dapat mengukuhkan kembali barisan pertahanan negara.

Keputusan Penuh Akhir Piala Sultan Azlan Shah 2018

klasifikasi 5/6
India vs Ireland 4-1

Klasifikasi 3/4
Malaysia vs Argentina 2-3

Juara dan Naib Juara
Australia vs England 2-1

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

3 thoughts on “Malaysia akur di tempat keempat Piala Sultan Azlan Shah 2018

Leave a Reply