Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Di bulan Ramadan yang mulia ini makanan berkhasiat amat penting ketika bersahur. Ini amat penting bagi menjamin kesihatan diri apabila kita menahan lapar lebih kurang 12 jam seharian. Menu yang sihat mampu membantu mengurangkan kelaparan sekaligus memberi tenaga yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan seharian.
Menu ketika bersahur seeloknya diperbanyakkan makanan berasaskan tumbuhan hijau dan makanan yang tinggi dengan serat serta air mineral dengan kuantiti yang banyak. Berikut merupakan bahan menu yang sesuai untuk dihidangkan ketika bersahur :-
1. Sayur-sayuran dari serat hijau
- Proses penghadaman makanan mampu dilambatkan dengan pengambilan makanan berasaskan sayuran hijau. Daun hijau seperti sederi dan lobak merah juga baik untuk kesihatan perut.
2. Karbohidrat. Bijiran seperti roti yang dijual mempunyai kandungan gandum amatlah sesuai untuk dijadikan bahan makanan ketika bersahur. Ini kerana roti daripada bijiran lebih tebal dan mampu melambatkan kadar lapar. Menu kekacang ataupun barli amat sesuai dihidangkan ketika bersahur agar anda mampu kekal cedas aktif disiang hari.
3. Kurangkan memakan nasi tetapi melebihkan lauk berasaskan daging terutama ikan. Ikan mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menguatkan badan di siang hari.
4. Kurma adalah antara makanan yang penuh dengan khasiat seperti serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti kalsium, besi, sodium dan potasium. Ia mampu memberikan tenaga yang mencukupi menempuh hari di bulan puasa.
Sumber :- Yahoo
Sememangnya banyak menu berkhasiat yang boleh dihidangkan ketika sahur. Jika anda mempunyai maklumat atau idea tentang makanan berkhasiat ketika bersahur bolehlah kongsikan di sini.
Sekian,
p/s :- Nak tahu kelebihan berpuasa pada kesihatan? Klik Sini




elakkan dri mknan pedas..meragam lak perut nnt..hehe
Reply
zool
Reply:
July 23rd, 2012 at 11:31
betul gak tu
Reply
tapi kita main bedal je semuanya
Reply
zool
Reply:
July 23rd, 2012 at 11:32
betul gak tu.. tu yg perut tak selesa je.
Reply
thanks Zool sebab kongsikan info ni. Ngam jugalah kiranya bertukar menu kepada rot, nasi, ikan dan banyak makan sayur ketika bangun bersahur. Supaya siang nanti kuat menahan kelaparan.
Reply
zool
Reply:
July 23rd, 2012 at 23:57
betul tu.. Info ni pun jumpa kat yahoo. kira sama2 mendapat manfaatnya
Reply
salam ramadhan. peringatan untuk sama2 kita ikut.
Reply
kurma memang best
Reply