Makan ikan keli

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bagi yang mengikuti perjalanan blog ini mungkin mengetahui bahawa di rumah si Zool terdapat kolam ikan keli. Ternakan yang diusahakan oleh bapa saya menggunakan kolam simen walaupun sebelum ini dibekalkan dengan tangki plastik oleh Jabatan Perikanan.Menternak ikan keli agak mudah berbanding ikan lain. Ia tidak terlalu sensitif dengan persekitaran, cuma perlu tempat yang luas dan makanan yang bersesuaian.Sebelum ni, ikan keli yang diternak oleh bapa saya agak kecil tetapi bagi fasa ke 2 ni agak besar. Cuma bila ianya terlalu besar, peniaga kedai makan kureng berminat untuk membelinya.

Seperti yang kita sedia maklum, ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang mempunyai sesungut di hadapanya. Sesetengah penduduk kampung memanggilnya dengan nama ikan semilang ( bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut ).

Dari segi keenakkannya memang tidak boleh disangkal lagi memang sedap. Walaupun sedikit hanyir (kurangkan hanyir dengan menggunakan limau nipis ye) namun rasanya cukup lembut untuk dimasukkan ke dalam mulut. Tulang pun agak kurang berbanding ikan air tawar yang lain. Kuranglah risiko tercekik tulang ikan.

Cerita pasal makan ikan keli ni, memang banyak resipi-resipi menarik yang boleh dibuat. Hari ini mak si Zool memasak ikan keli masak lemak dan ikan keli panggang. Memandangkan si Zool nak mengelak dari makan nasi waktu malam maka ikan keli panggang diratah sehabis mungkin. Layankan gambar dibawah ye..

Uploaded with ImageShack.us

Ikan keli masak lemak yang berwarna kekuning-kuningan. Kalau makan bersama nasi memang meletup tu.. Kalau nak lagi ‘power’ letak cili api.. Memang boleh menambahkan risiko ke tandas .. He hehee..


Uploaded with ImageShack.us
Ikan keli panggang yang boleh dilayan sendirian oleh Si Zool..

Uploaded with ImageShack.us
Inilah dia hasil akhir ikan keli tersebut setelah disenikan oleh Si Zool. Hasil kerja akhir akan dinilai oleh Si Singa, Oyen, Gafil, Uteh, Buangan dan Maki (semua ni nama kucing kat rumah)>.

Okay cukuplah setakat ini. Kalau anda nak layan ikan keli boleh je datang rumah si Zool. Tu pun kalau ikan keli masih ada. Takut bila datang ikan keli dah setel. Sebab sekarang ni pun ada beberapa kedai makan tempah ikan keli tetiap hari.. Alhamdulillah..

Sekian..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3037
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

13 Responses to “Makan ikan keli”

  1. adhaNo Gravatar says:

    pehh mmg sedap masak lomak ikan keli ni..feveret arr..:D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang terangkat kalau makan masal lemak ikan keli ni.. mesti org belah selatan ko ni kan?

    Reply

    matnorNo Gravatar Reply:

    Ikan keli memang sedap…kalu masak lemak kuning best ooooo…kepada sesiapa yang berminat untuk menternak ikan keli tetapi ingin mengetahui risiko yang akan dihadapi semasa penternakan ikan keli boleh lawat kat laman blog ni ——–>sesiapa yang berminat untuk membela ikan keli tetapi masih kurang berkeyakinan sila lawat blo ini —–> http://peliharaanikankeli.blogspot.com/

    Reply

  2. nanaNo Gravatar says:

    omg!!! sgt suka ikan keli…lps ni blh la dtg umah u mkn ikan keli yer…ngeee~

    Reply

  3. Lord ZaraNo Gravatar says:

    zara belajar makan ikan keli time di Universiti~
    sedap gila rupanya kan?
    muahaha~

    Melaka kat mana tu~
    dah dekat dgn Muar dah ni~
    =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    melaka kat Jasin

    Reply

  4. miss lollyNo Gravatar says:

    l0lly kureng ngan ikan keli.

    gelii geliiii

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    geli plak.. baru je ingat nak bawak 15 ekor gi kelantan.. :)

    Reply

  5. keli oh keliNo Gravatar says:

    ikan keli mmg sedap……jom lawat blog ikan keli jom…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jom .. memang best kan

    Reply

  6. safarNo Gravatar says:

    nanti si zool pun jadi ikan keli.sebab makan
    ikan keli.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha??? camne tu??

    Reply

  7. wak jawaNo Gravatar says:

    Kepada Penternak, atau Individu yang ingin Menyertai Kursus Perikanan, Boleh Hadir Ke Kursus Anjuran High Tech Aquaculture.
    Kelebihan :
    1- Pemberi ceramah telah Berpengalaman lebih 20tahun dalam bidang Perikanan.Juga Menjadi Penasihat Kpd Jabatan Perikanan.
    2- Tempat Yang Selesa dan Lengkap dengan Peralatan untuk Praktikal.
    3- Belajar Tiori dan Praktikal.
    *Pengenalan Industri Perikanan
    *Asas Ternakan (Kolam,Tangki,Kanves)
    *Pembenihan(keli,puyu,sepat)
    *Asuhan
    *Ternakan
    *Membuat Makanan Rumusan
    *Pemungutan Hasil& Pasaran
    4- Makan Minum, Nota, Penginapan dan Sijil disediakan.
    5- Bayaran Yang Cukup Murah RM450/seorang(2hari 1malam)

    >Untuk Tempahan sila Hubungi 013-3399225-En.Amin
    >Sila Buat Tempahan Awal.Diposit RM50shj
    >Tempat : Sungai Besar,Selangor(2jam dari KL)
    >Diadakan Setiap Bulan dan Maksimum peserta 20orang/ siri

    Reply

Leave a Reply