BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » jalan-jalan » Makan ikan bakar di perkampungan ikan bakar Umbai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk entri kali ini anda akan mendapati lebih banyak gambar berbanding entri sebelum ini. Bukan apa, untuk entri kali ini lebih kepada pengalaman saya dan keluarga makan ikan bakar di Perkampungan ikan bakar terapung di Umbai. Ini bukanlah kali pertama saya layan ikan bakar di sini. Sebelum ini pernah makan atas jemputan majlis kerajaan. Malahan saya pernah makan ikan bakar dengan blogger/ wedding photographer terkenal , Acai tapi mungkin kali ini lebih menarik sebab bersama adik beradik dan juga mak. Sudah pasti ini lebih baik kerana memberikan penghargaan kepada mak saya. Makanan ini semuanya ditaja oleh abang saya. Selain dari mak, adik saya, BDFabregas dan Ana juga turut serta dalam acara memakan ikan bakar ni..

Mungkin ramai dari anda yang mengetahui bahawa negeri Melaka terkenal dengan ikan bakarnya dan salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah perkampungan ikan bakar terapung di Umbai, Jasin.


View Perkampungan Ikan Bakar Terapung in a larger map

Kawasan yang terletak di kawasan Umbai ini hanya sekitar 12 kilometer dari stesen bas Melaka Sentral dan lebih kurang 17km dari Tol Ayer Keroh. Tempat makan ini berbentuk seperti gerai medan selera dan menawarkan banyak pilihan. Walaupun saya tak mengira berapa banyak gerai yang dibuka tapi berdasarkan anggaran hampir 20 gerai yang boleh menjadi pilihan .Untuk makluman juga, gerai tersebut dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan diurus oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Melaka Holding (PMH). Cukup dengan info tersebut, jom layan gambar-gambar..

Photobucket

Ini adalah gambar di gerbang masuk ke perkampungan ikan bakar terapung (PIBT) Umbai..

Photobucket

Memilih gerai di tepi sekali dan berdekatan dengan laut bagi merasakan keterapungannya.. He hehehe. tapi tak terasa sebab air laut tak pasang..

Photobucket

Sebelum hidangan tiba, layan air sirap limau dulu..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ikan siakap, kerang dan sotong menjadi pilihan untuk dijadikan ramuan santapan. Tak lupa juga dengan sayur kailan ..

Photobucket

Sotong goreng tepung, nasi dan beberapa hidangan telahpun tiba..

Photobucket

Ikan siakap tiga rasa yang telah pun siap..

Photobucket

Perebutan untuk mendapatkan isi ikan antara Zool dan BDFabregas. Cuba teka mana satu tangan si Zool??

Photobucket

Alhamdulillah dah kenyang.. Licin gak pinggan ni..

Photobucket

2 blogger adik beradik yang telah pun kenyang..

Photobucket
Sebelum berlepas pulang ternampak bendera dan moto Kerajaan Negeri Melaka. Insyaalah tak lama lagi Melaka akan mencapai status maju. Walaupun si Zool tidak terlibat secara langsung namun ada sedikit sebanyak sumbangannya.. Alhamdulillah..

Okay cukup entri untuk kali ini. Perut pun dah kenyang, mata pun dah kuyu.. Elok tidur dulu..

p/s :- Ada sesiapa berani datang Melaka dan belanja si Zool makan ikan bakar kat Umbai ni?? Takkan tak berani kot.. :)

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :9243

26 thoughts on “Makan ikan bakar di perkampungan ikan bakar Umbai

  1. nazNo Gravatar says:

    wah, makan besar bro.ehehe
    btw, krm salam Zabidi eh. sy exclassmate die kat mrsm dulu. =D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye ker.. masuk je blog dia
    http://bdfabregas.blogspot.com

    Reply

  2. Bb HussainNo Gravatar says:

    sedapnya.. baru je makan dengan family kat Umbai masa cuti raya haji last month..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo.. tak ajak pun…

    Reply

  3. beliamudaNo Gravatar says:

    tangan si zool mestilah yang kanan tu kan? wah, bestnya makan ikan bakar. tak pernah lagi merasa makan cmtu. setiap kali family gi, mesti saya takde. huhu~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe nanti ada kesempatan boleh singgah sini

    Reply

  4. kumb@ngNo Gravatar says:

    ini gerai hujung sebelah menara tempat aku selalu makan… gerai sebelah tu pun geng gerai hujung…. order ikan sebelah, masak kat sebelah…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo ko selalu mkn kat situ ek.. aku baru first time.. selalu mkn jemputan je.. tgh2 tu dia buat tak tau yg mana satu masak

    Reply

  5. firusNo Gravatar says:

    wah.. baju arsenal tu tak tahan.. Adik beradik arsenal..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    biasalah.. gunners for life.. chewah terspeaking plak..

    Reply

  6. sepulNo Gravatar says:

    rasa nye best lagi makan kat gerai parameswara..lagi sedap masakan die.tp bukan kat terapung, depansket dari terapung ade simpang ke satu lagi tempat ikan bakar umbai..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo ye ker? tak tau plak.. jarang makan ikan bakar ni.. pernah makan kat crystal bay.. ok gak

    Reply

  7. megatNo Gravatar says:

    adeh nampak sedap! biasa dengar tempat makan ikan bakar kat umbai tapi tak pernah sampai (hu3) kalau sekam, pernah lah.

    nampak gaya lepas ni turun melaka boleh mintak en zool kita ni belanja (ha3)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    serkam tak penah aku singgah lagi..

    belanja ye.. tengoklah kalau ada duit lebih2 nuffnang bagi.. he heheh

    Reply

  8. Kelvin TanNo Gravatar says:

    Looks like an interesting place to be. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yes.. it is a popular grill fish place in Melaka.. Maybe in Malaysia also

    Reply

  9. x-poNo Gravatar says:

    aku lbh suka kerang bakar..perrgghh smpai menjilat kaki..hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ada gak order kerang bakar.. tapi mungkin tokei tak pandai buat kot..byk kerang hancur..

    Reply

  10. sickchild72No Gravatar says:

    perghhh sedap gila.

    saje je an aku tengah kebulur bangun tido taik mamat pun tak gosok agi bukak2 ade makanan. ceit.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jomla dtg sini.. aku belanja gula2

    Reply

  11. safarNo Gravatar says:

    Kenapa tak belanja kawan-kawan yang lain.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    camne nak belanja kawan.. kawan pun tak sudi datang.

    Reply

  12. AzizulNo Gravatar says:

    wuhooo, meleleh air liur aku. ake penah makan sekali. mmg kualiti dan rasa dia sedap. time student kt mmu dulu ler. xtau skng ni mcm mana.
    dr dulu org singapore dok suka makan. kita yang makan kat situ pon kenelah ada currency SGD.
    ada rezeki bile2, teringin jgk aku kesana lg nnti

    Reply

  13. atierraNo Gravatar says:

    ari 2 saya gi makan juga kat umbai t’apung tapi gi makan kat kedai yang ada sampan 2 po yo 3 rasa dia nyam2 sekali

    Reply

  14. eyriqazzNo Gravatar says:

    Ikan Bakar Umbai memang best..Inilah pengalaman pertama saya di Umbai :

    href=”http://www.eyriqazz.com/2010/11/ikan-bakar-umbai.html”>

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sedap2.. nanti belanja la bro.. datang melaka tak beritau pung.. mentang2 le kita ni blogger cikai..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge