Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari Sabtu (7.8.2010) yang lalu, adik (BDFabregas) telah pulang ke kampung halaman, Kesang Tua dan membelanja si Zool dan adik. Jadi kami pun ambil keputusan untuk makan di luar bagi meraikan kejayaan beliau mengangkat kereta Gen 2. He hehe. Memang selesa sesekali makan di luar ni. Cerita banyak pun tak gunakan, baik layan gambar-gambar yang menyelerakan ni..
( Gambar di host dari photobucket.com, mungkin ada sesetengah dari anda tak dapat tengok sebab admin network anda block domain tersebut. Pergilah ke CC atau wireless berhampiran untuk melihat gambar terbaik ni..)
Menu makan yang bermacam. Ada juga makanan yang tak pernah dicuba oleh si Zool. Almaklumlah jarang-jarang makan kat luar ni..
Ada lagi gambar..

Tukang belanja, BDFabregas dan adik, Anis sedang berborak kosong sementara menunggu makanan sampai..


Minuman si Zool dah sampai, Air Tembikai Laici.. Best-best. Kita minum dulu..


Air pelik bagi si Zool dan tukang order, air tomato susu.

Sampai dah kailan goreng belacan.. Tunggu dulu, ada yang belum sampai lagi..


Sup burung puyuh dah sampai. Sekali dengan sambal belacan tu..

Lauk utama, ikan bawal 3 rasa…
Si Zool melayan minum air tembikai laici selepas selesai mempulun makanan…

Tanpa rasa belas, isi ikan terus diratah..

Licin habis tu.. Bukan pelahap tapi tak mau membazir. Setiap makanan tu berbayar jadi perlu digunakan sebaiknya..

Mesti ramai yang tertanya dimanakah kedai tersebut.. Ianya terletak di Kesang Luar, Jasin Melaka iaitu berdekatan traffic light Jasin-Kemendor-Taman Maju-Kesang.. Dan yang lebih cantek, ianya bersebelahan dengan rumah si Zool (tak sampai 5 langkah pun). Datanglah ke kedai makan tersebut, mana tau si Zool ada kat rumah. Boleh anda pula belanja beliau.. He hehehe.
Sekian.
Lepas makan ni, kena pergi kenduri tahlil budak opis plak.. Pergh.. Pagi esoknya perut pun mulalah meragam..Huhuhuhuhu..
RSS Feed
Twitter



August 8th, 2010
zool 

Posted in
Tags: 


Makan di luar | Blog Zool Ligakampung…
Buat apa tu? Makan luar ke?…
^_^ hmmm.. cambest la pulak nengok bawal tiga rasa tu.. asyik dok tibai siakap jer selama ni
Reply
zool
Reply:
August 8th, 2010 at 15:04
memang best.. try la dtg sini
Reply
sekali sekala mkn kat luar best gak
Reply
zool
Reply:
August 8th, 2010 at 15:06
ye la.. tapi ni luar sebelah je.. kalau jln tu 4 langkah dah sampai
Reply
Baru bukak ke? Nak datang laa!
Reply
zool
Reply:
August 8th, 2010 at 22:55
baru la jugak… bulan lepas start…
Reply