LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Majlis Kahwin Sepupu : Apa yang menarik dan baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pada hari minggu yang lalu saya menghadiri dan membantu persiapan majlis perkahwinan sepupu. Majlis perkahwinan sepupu lelaki itu agak meriah juga dan melalui pemerhatian mungkin ribuan pengunjung menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut yang dibuat di rumah ibu saudara saya ( Busu) menggunakan banyak kepakaran dari luar untuk membantu melancarkan majlis tersebut. Tiada rewang namun ia tetap berjaya dengan bantuan saudara mara , orang kampung dan juga pihak yang dibayar.
Walaubagaimanapun ada beberapa perkara menarik ketika majlis itu. Saya tak pasti samada mungkin ianya trend baharu namun ada impak tertentu. Antaranya ialah :-

1. Biasalah kalau majlis kahwin sekarang menggunakan catering kerana ia lebih mudah bagi penganjur. Tak perlu menyediakan masakan, peralatan dan sebagainya untuk majlis tersebut. Semuanya disediakan oleh pihak catering yang dibayar. Cuma untuk majlis ini ada penambahannya dimana pihak catering utama menyediakan makanan asas iaitu nasi beriani, nasi putih, daging kurma dan beberapa lauk pauk lagi tapi dalam majlis ini ada diupah orang memasak tauhu bakar (seperti gambar dibawah), ayam golek dan juga penyedia air (ala-ala air di pasar malam). Memang menarik keadaan ini, terasa macam ada pesta kecil pula.
Tauhu Bakar

| Perkahwinan Melayu – Panduan Persediaan Perkahwinan |

2. Biasa ada panggil marhaban di kalangan kaum ibu terutama di waktu pagi. Mereka biasa terdiri oleh makcik-makcik kampung tapi untuk majlis ini nampaknya marhaban agak professional apabila ia merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh pelbagai golongan dari dewasa hingga ke usia muda. Memang gempak habis siap ada nyanyi-nyanyi lagi dan gendang-gendang. Memang menarik tu.
Marhaban
3. Jika biasanya kalau majlis kahwin, tetamu akan diberikan beg ‘goodies’ yang dimasukkan makanan ringan (‘cikedis’) tapi dalam majlis ini tetamu dibekalkan dengan nasi dan sedikit lauk. Memang terbaik sebab tak payah nak beli barang-barang kurang khasiat tu..

Itu adalah serba sedikit tentang kelainan yang saya temui dalam majlis kahwin sepupu. Mungkin ia bukan sesuatu yang pelik bagi orang lain tapi baharu bagi saya. Ataupun mungkin saya yang tak perasan sebab jarang singgah lama-lama kat majlis kahwin ni..

Gambar Kahwin
Gambar keluarga kecil saya ketika majlis kahwin tersebut

Sekian

p/s :- 9hb November 2013 ni majlis kahwin adik saya pula. Rasanya takde apa yang pelik di buat nanti. Buat ala kadar je la..

Please follow and like us:
error0

10 thoughts on “Majlis Kahwin Sepupu : Apa yang menarik dan baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)