Main-main pada janji
Written by zool on April 27, 2008 – 10:48 am -Assalamualaikum semua.. Saya menulis ini pada hari Ahad yang agak panas sambil tidak berbaju… Ops tapi menutup aurat ye dengan memakai kain pelikat.. He he he.. Memang panas dua tiga menjak ni.. ALmaklumlah keadaan dunia yang makin berubah..Tahap kepanasan makin bertambah walaupun hujan lebat baru-baru ini..
Sebelum meneruskan pembacaan cuba anda lihat kartun di bawah..
Sumber kartun:- http://abgjas.blogspot.com
Adakah anda pernah mengalami situasi berikut?? Tidak kira samada anda menunggu atau ditunggu… Saya selalu mengalami keadaan menunggu seperti dalam kartun tersebut.. Memang angin kalau menunggu seseorang.. Lebih-lebih lagi kalau orang yang ditunggu boleh selamba derk je.. Saya rasa ayat ‘on the way’ selalu menjadi perkataan mudah bagi seseorang itu..
Sebenarnya tidak menepati masa memang sesuatu yang amat tidak disukai dalam agama.. Sepatutnya kita perlu menjaga perasaan seseorang.. Jika berjanji ingin datang mesti tepat pada masa. Kalau lambatpun mungkin dalam 10 minit masih boleh diterima tapi kalau 1 jam pun masih tak sampai-sampai tu camne ye?? Dah tu kadang-kadang tak rasa bersalah pun datang lambat…
Kadangkala masalah ini bukan setakat berlaku pada temujanji biasa , malahan majlis-majlis besar pun tetamu VIP boleh datang lewat 2-3 jam dari jadual tanpa rasa bersalah.. Jadi siapa nak disalahkan kalau majlis tersebut kurang orang..
Semoga kita semua dapat mengelakkan diri dari bermain-main pada janji kerana ianya mengambil masa orang lain dan ingatlah ‘masa itu berharga, tidak boleh dibandingkan dengan emas sekalipun.. Sesaat terlepas tidak mungkin boleh berpatah balik’.. Sekian.
Tags: janji, janji manis, menunggu, munafik
Posted in kehidupan, manusia |
4 Comments to “Main-main pada janji”










April 29th, 2008 at 2:23 pm
Hi Zool,
Seronok membaca tulisan Zool yg dikaitkan dgn kartun abgjas tu. Rasanya apa yg ada dlm fikiran abgjas semasa melukis kartun tu dulu, dibentangkan dgn jelas oleh Zool - tersurat dan tersirat.
Moga akan ada kerjasama lagi selepas ini..
April 29th, 2008 at 2:53 pm
abgjas –> memang benda ni selalu berlaku di mana2.. kadang kala orang yang lewat tu tak rasa serba salah sedangkan tak tau ke ia telah membuang masa orang yang menunggu tu??? Kadang kala geram tapi apa nak buat..
May 1st, 2008 at 5:12 am
mmm…aku selalu menjadi mangsa keadaan camni
aku ni jenis yg suke dtg on time…pastu yg sakit atinye org yg dok jnji tu leh plak dtg rilek je..cam x berdose je…sangatlah keji…
May 1st, 2008 at 7:13 am
ahmadyusrie –> tullah.. aku selalu terkena.. tak rasa bersalah pun diorang ni..