BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » bolasepak » Main bolasepak dan berjogging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya minggu ni si Zool mengaktifkan diri dengan bersukan. Bermain bolasepak di padang estet dan aktiviti jogging di Taman Botanikal. Bukan nak jadi ahli sukan tapi perlu melakukan perubahan bagi memastikan tubuh badan lebih sihat dengan mengeluarkan peluh. Selain tu nak memastikan perut menjadi lebih gagah. Almaklumlah sekarang ni BMI pun dalam kategori ‘lebih berat badan’, lepas tu badan pun penat-penat je. Dengan aktiviti sebegini dapatlah mengeluarkan peluh.. Ye lah, nak berkebun tak rajin. Jadi pergi lah bersenam cara mudah ni. Sedikit sebanyak dapat juga meningkatkan stamina sambil berkawan dengan orang sekitar.

Terdapat perbezaan antara bermain bolasepak padang dan berjogging ni. Bermain bolasepak petang-petang boleh banyak berehat terutama kalau tak dapat bola manakala berjogging perlu terus tanpa henti.

Sebagai seorang yang tidak mempunyai bakat dalam bidang sukan, memang ianya menjadi masalah kepada saya. Tak tau kenapa tapi masa bersukan terasa sakit di pergelangan kaki. Mungkin ini berlaku akibat pemilihan kasut yang tidak sesuai. Apa taknya, pakai kasut futsall bermain bolasepak padang dan berjogging. Sudah tentulah tidak sesuai. Dengan keadaan padang yang tidak rata pasti memberi kesan pada kaki. Nampaknya, kenalah si Zool mencari kasut boot bolasepak yang mempunyai paku(bukan paku rumah ye.) bagi memastikan kelancaran larian dan sepakan.. Mana tau kalau lepas pakai kasut boot boleh main sehebat ‘Jack Wilshere’.. Mesti gempak.. Manakala kasut jogging juga perlu dicari bagi mengukuhkan larian sekaligus mampu tersenyum riang pusing satu taman botanikal tu.. Tapi buat masa ni, belum bersedia lagi untuk membelinya. Mungkin menunggu lebih duit-duit online kot. Buat masa ni terpaksa kumpul duit untuk ‘cukai jalan’ MyVi pada bulan hadapan serta bersedia untuk memperbaharui ‘cukai domain dan hosting’. Adoyai….

Apapun, bermain bolasepak dan berjogging memberikan kesan positif pada diri ini. Walaupun berat badan masih belum berkurangan secara mendadak namun saya percaya ia akan turun sedikit demi sedikit.

Okay, cukuplah setakat ini. Adakah anda bersukan pada hari ni? Janganlah duduk mengadap komputer je. Sesekali layanlah sukan ye(pesanan dari orang yang dulunya petang-petang asyik main internet je)..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :3139

2 thoughts on “Main bolasepak dan berjogging

  1. firusNo Gravatar says:

    pergh… bersukan siot…
    tahniah..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nak kena turun badan bro.. dah tak selesa.hhuhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge