Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin agak terlambat sedikit tapi tak masih relevan rasanya. Nampaknya umat Islam telah menyambut tahun baru dalam kalendar Islam pada Jumaat lalu iaitu tahun 1431 Hijrah. Seperti yang kita tahu, kalendar Hijrah ini bermula pada waktu Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah. Berbeza dengan kalendar Masihi yang menggunakan peredaran matahari sebaliknya kalendar Hijrah berasaskan bulan. Kalendar Hijrah juga hanya mempunyai 354 hari setahun dan 12 bulan.
Tahun lepas saya menulis info mengenai Maal Hijrah tapi untuk kali ini lebih kepada perbincangan samada sanggupkah kita berubah. Berubah dari yang tidak baik kepada yang baik. Berubah memang bukan satu perkara yang mudah sebab ianya memerlukan komitmen dan konsistensi untuk melakukannya. Kebanyakan dari kita hanya berubah untuk tempoh sekejap. Hangat-hangat tahi ayam je .. Namun apa jua alasannya kita tetap perlu berubah kepada yang lebih baik kerana kita tak tahu apa yang berlaku di masa hadapan. Tanpa perubahan hidup akan statik dan tidak akan maju..
Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah.
‘ Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah ‘
Semoga tahun mendatang akan dipenuhi dengan kejayaan dan kebahagiaan. AMIN.
p/s :- Kalau anda nak tahu tarikh dalam Masihi ke Hijrah boleh cuba ‘download’ aplikasi .
RSS Feed
Twitter



December 19th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


aku ni kdg2 azam baru je lebih, tp kat takuk lama gak..huhu
Reply
zool
Reply:
December 20th, 2009 at 19:36
tak pe.. yang penting azam tu tetap ada.. kurang2 ada sasaran. capai atau tidak lain cerita..
Reply
aku…tahun ini akan jadi lain…
salam maal hijrah…
salam kenal…
Jali
Reply
zool
Reply:
December 20th, 2009 at 19:36
jadi lain?? lebih baik atau teruk?? harap2 lebih baik lah
Reply
Jali
Reply:
December 21st, 2009 at 01:43
lebih baik….dengan izinNya.
Reply
azam lama masukkan ke dalam azam baru.
Reply
zool
Reply:
December 20th, 2009 at 19:37
bagus tu.. kena buat perancangan lepas ni
Reply