LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

M Kavishkumar bakal beraksi di Liga Semi Pro Jepun

Pemain bola sepak negara, M. Kavishkumar sah akan berain di Jepun selepas mendapat kontrak bermain dengan pasukan yang beraksi di Liga Semi Pro Jepun , Tokai FC selama setahun.
Pasukan yang berpengkalan di Nagoya itu akan beraksi di JPL yang mana ia berada di atas status semi-pro dan dibahagi kepada dua divisyen iaitu Liga Bola Sepak Nagoya (NFL) serta Liga Bola Sepak Aichi(AFL) yang mana Tokai FC bakal membuat kemunculan pertama di NFL pada Mac 2018 nanti.

Ia merupakan satu pencapaian yang cemerlang selepas Kumar mengambil keputusan untuk menyertai beberapa siri percubaan dengan beberapa kelab di J-League dan JPL. Antara kelab yang berminat adalah jagoan Gamba Osaka namun gagal mencapai kata sepakat. Namun percubaan demi percubaan Kumar membuahkan hasil apabila berjaya mencipta hatrik ketika pasukannya tewas kepada skuad senior Valente Yazaki Shizouka dalam sesi percubaan.
Kelab Tokai FC seterusnya menawarkan kontrak professional kepadanya pada Jumaat lalu.

| Status Amatur Tidak Halang Kumar jalani ujian percubaan di Jepun |

Semoga Kumar mampu bermain dalam Liga J pula lepas ini sekaligus mencipta nama di persada antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)