Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Luqman beraksi dengan kelab Liga Belgium, KV Kortrijk : Apa Ulasan Ligakampung.com

Mungkin berita pemain bolasepak bawah 19 tahun negara diikat kontrak selama lima tahun bersama kelab Liga Divisyen 1 Belgium, KV Kortrijk telah dipaparkan dalam banyak media pada minggu ini.
Sedikit lambat Ligakampung.com menulis serta memberikan ulasan tentang kelab yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. Luqman yang bakal berusia 18 tahun pada Mac depan merupakan pelatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan pastinya cabaran mendatang lebih besar buatnya.


Berikut merupakan ulasan dan cadangan dari kami di team Ligakampung.com :-

1) Pasukan KV Kortrijk bukanlah pasukan handalan di Liga Belgium yang sekarang ini dikuasai oleh Standard Liege dan Club Brugge. Kalau dilihat sehingga 21 September 2019, kelab Kortrijk berada di tangga kesebelas dan pasti Luqman perlu berusaha mendapat tempat sekaligus membantu pasukan tersebut.
Beliau mesti pastikan berada dalam kesebelasan utama dalam tempoh 5 tahun bagi menarik perhatian kelab Eropah lain. Sekiranya dalam tempoh 3 tahun beliau masih belum berjaya menempatkan diri dalam pasukan ini, mungkin elok beliau beralih arah. Beliau mesti menetapkan sasaran tersebut dengan cepat kerana usia 20 adalah penentu beliau.
Sukar untuk pemain menempatkan diri dalam Liga utama Eropah jika tidak bermula pada usia 20 tahun.

2) Persediaan mental dan fizikal. Kalau kita perhatikan, masalah pemain negara di luar adalah berkenaan mental. Ini adalah perkara yang perlu diambil berat oleh beliau. Pengorbanan berkelana di negara luar ini tiada jaminan untuk berjaya. Mesti ramai yang ingat pemain sensasi suatu masa dulu Titus James Palani yang kini tidak pernah langsung mempunyai kap negara meskipun penah dinobatkan pemain terbaik dalam kejohanan peringkat kanak-kanak pada satu ketika dulu.
Kritikan dari peminat terutama dari netizen perlu ditangani. Elok kiranya dalam masa terdekat ni beliau mengelakkan dari terlibat dalam media sosial dan beri tumpuan penuh dalam kerjaya beliau.

3) Risiko kecederaan. Bermain dengan pemain yang lebih tegap dari segi fizikal pasti akan memberi masalah jika Luqman tidak menjaga tubuh badannya. Dengan susuk tubuhnya yang kurus dan lariannya yang lincah pasti akan menjadi tumpuan buat pemain-pemain pertahanan lawan. Luqman perlu cepat belajar untuk memperbaiki tubuh badan agar menjadi lebih tegap dan mampu untuk bersaing dengan pemain yang lebih kuat fizikalnya.

4) Mungkin beliau perlu bersedia dengan isu-isu seperti perkauman. Ligakampung.com tak pasti dengan Liga Belgium tetapi sebagai seorang pemain muslim beliau perlu berhadapan sekiranya ada islamophobia di sana.

Itu serba sedikit ulasan dari kami di Ligakampung.com. Kami mengucapkan selamat berjaya buat pemain yang bakal mengharumkan nama negara ini. Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)