Luqman bakal ke Piala Kejohanan FIFA Ultimate Team

Pemain professional e-sukan FIFA, Muhammad Luqman atau lebih dikenali dengan nama ‘Fenrir’ sekali lagi mencatat sejarah dalam bidang e-sukan ini. Jika sebelum ini beliau berjaya mewakili Malaysia dalam Liga Asia Playstation , kali ini beliau layak pula ke Kejohanan FIFA Ultimat Team (FUT).
“Corak permainan FIFA 19 sangat berbeza dan lebih sukar berbanding FIFA 18.

“Saya sempat berlatih tiga atau empat jam sehari pada beberapa bulan dahulu namun memandangkan saya sedang menduduki peperiksaan ketika ini, latihan terpaksa dikurangkan.

“Saya terpaksa bergantung kepada pengalaman dan skil dalam pusingan kelayakan untuk ke kejohanan FUT ini,” kata Fenrir yang kini menduduki semester lima jurusan kewangan di Universiti Malaya.
Fenrir sebelum ini memenangi kejohanan FIFA 18 MESL dan tempat kedua dalam kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games (MCG) 2018.

Bagi FIFA 19, Fenrir merupakan antara tujuh pemain Malaysia yang mendapat pengiktirafan penerbit e-sukan FIFA iaitu EA Sports untuk layak bertanding dalam pusingan kelayakan ini.

Setiap minggu, pemain-pemain FIFA 19 yang diiktiraf seluruh Asia dan Australia akan bertanding untuk mendapatkan slot ke Piala Kejohanan FUT.

EA Sports menggunakan pendekatan format yang berbeza bagi FIFA 19 dengan setiap pemain yang layak ke Piala Kejohanan FUT akan berpeluang untuk mengumpul mata sebelum ke Grand Final kejohanan FIFA eWorld Cup (FEWC).

Menurut Fenrir, jika beliau dapat memenangi Piala Kejohanan FUT pada bulan Mac nanti peluang bagi dirinya untuk ke FEWC adalah sebanyak 70 sehingga 80 peratus.
“Format terbaharu daripada EA Sports ini sebenarnya memberi peluang kepada pemain FIFA untuk mendapatkan slot beraksi di FEWC berbanding sebelum ini,” katanya.

FEWC merupakan kejohanan dunia FIFA yang dianjurkan EA Sports, mengumpulkan pemain-pemain terhebat dari seluruh dunia.

Pada tahun lalu, pemain Arab Saudi Mosaad Aldossary merangkul kejuaraan kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM1.6 juta.

Sumber :-Astro Awani

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada Fenri. Memang terbaek lah bro..

One thought on “Luqman bakal ke Piala Kejohanan FIFA Ultimate Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.