Ingin berniaga online?? Cuba Niaga Kit
Powered by MaxBlogPress  

Topik kali ini saya war-warkan di blog ini disebabkan oleh diri sendiri yang sering mengalami masalah lupa ini. Mengapa agaknya mudah lupa?? Malahan kadang-kadang perkara yang baru sesaat berlaku pun boleh lupa.. Mungkinkah fius yang menyambungkan ke pangkalan data telah mula haus.. Atau mungkinkah disebabkan oleh jiwa yang tidak tenang..  Mungkin ianya sedikit sebanyak menyebabkan pemikiran bercelaru dan mudah lupa… Masyaallah.. Mungkin juga kurang mengingatiNya yang menyebabkan diri ini mudah lupa.. Harap jangan lupa diri dan terus sentiasa yakin padaNya.. Mungkin juga memandang benda yang tak patut dipandang juga boleh menyebabkan lupa… Ini satu artikel yang saya dapat dari virtualfriends.net

Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun bertanya Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari…

Ini yang sukar untuk kita elakkan . namun cubalah sedaya upaya untuk mengelakkan… Saya juga terbaca bahawa memakan kismis mampu menguatkan daya ingatan…  

Seperti yang selalu kita pikirkan penyakit lupa sering melanda orang tua namun secara realitinya ia tidak mengira usia.. Kadang-kadang orang muda juga mengalami masalah ni..
Saya akui saya sendiri sering lupa, betul tak(bagi mereka yang mengenali saya di luar cyber) ??Malahan kadang2 satu perkara yang tertinggal beberapa saat pun boleh terlupa.. Bagaimana dengan anda semua?? Ada formula untuk mengembalikan ingatan??

5 Responses to “Lupa”

  1. itulah yang dinamankan manusi. terlupa dan terkadang melupakan…

    lupa ada kebaikannya… bagaimana kalo tak pernah lupa?

    [Reply]

  2. memang fitrah manusia mudah lupa … saya tidak terkecuali tetapi saya tidak lupa untuk sentiasa muhasabah diri dan cuba mengingati dan mengerjakan suruhan dan meninggalkan laranganNya … Amin.

    Btw, thx coz melawat blog saya, jom tukar link ..

    [Reply]

  3. leeza,, dah letak kat blogroll dah blog awak…
    tq sbb x change link…

    [Reply]

  4. manusia zul…dah asal pun dari perkataan lupa…
    bayangkan, tengok tumit pompuan pun dah jadi lupa macam tu…macma mana la kita umat akhir zaman yang sentiasa terdedah dengan kemaksiatan dan fitnah dunia ini….

    anyway…dah add blog zool kat blogroll saya.

    [Reply]

  5. Zool, lupa tu boleh wujud bila tak fokus…kita jadi tak fokus sbb beberapa perkara yg bermain difikiran. Tambah2 lagi jika kepala berserabut, hati kecewa dan selalu pendam perasaan.

    So let it go…

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>