LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Luis Suarez promosikan Malaysia

Korang kenal tak dengan Luis Suarez? Kalau korang tak kenal memang korang bukan peminat bola le. Jamal memang minat Luis Suarez ni sejak dia main kat Ajax lagi.
Tapi paling legend bila time dia save bola dalam kotak penalti pada minit akhir masa Piala Dunia 2010 tu. Kad merah hasil handball kat dalam kotak penalti tu bawa pasukan Uruguay ke Separuh Akhir Piala Dunia di Afrika Selatan masa tu.

Luis Suarez ni memang handal menjaringkan gol dan juga cipta kontroversi. Tapi Jamal malas nak cerita panjang pasal dia sebab nanti panjang berjela pula artikel ni nanti.
Baru-baru ini, badan promosi pelancongan Malaysia telah bekerjasama dengan Luis Suarez bagi membantu mempromosikan Malaysia.
Pemain bintang Barcelona bergigi arnab ini muncul dalam video sekitar 17 saat dengan beberapa ayat mudah. Video itu juga dimuat naik dalam Instagram, Facebook dan Twitter miliknya bagi mempromosikan negara ini di mata dunia.
Suarez yang mempunyai 25.2 juta pengikut di Instagram, 18 juta di Facebook dan 12.3 juta di Twitter telah dipilih memandangkan pengikut yang ramai.

Memang gempaklah Suarez lepas ni jadi penaja Truly Malaysia. Lepas ni bolehlah Jamal selfie dengan Suarez..

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Luis Suarez promosikan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)