Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

LTDL 2019 : Pelumba Team Sapura Cycling Juara Keseluruhan

Kejohanan basikal terunggul negara iaitu Le Tour de Langkawi edisi 24 telah pun selesai pada minggu lepas. Walaupun dihimpit dengan beberapa isu terutama penganjur namun akhirnya perlumbaan pada tahun 2019 ini berjaya berjalan lancer. PETRONAS selaku penaja utama edisi kali ini membantu kelancaran acara sukan berbasikal yang bertaraf antabangsa ini.

Menariknya juga, Langkawi menjadi medan saingan terakhir sekaligus mengembalikan nostalgia kepada kejohanan itu sendiri. Pada kejohanan kali ini pasukan dari Malaysia iaitu Team Sapura Cycling (TSC) berjaya  menjadi menduduki tempat kedua keseluruhan dimana pelumbanya, Benjamin Dyball dari Australia dinobatkan selaku pemilik Jersi Kuning PETRONAS.

Pelumba professional negara, Mohd Harrif Saleh juga mencatat sejarah apabila bergelar juara peringkat di Melaka. Ia merupakan satu kejayaan besar kerana beliau merupakan pelumba kedua negara yang berjaya memenangi peringkat selepas kali terakhir dimenangi oleh pelumba lagenda, Anuar Manan pada 2010.

Pasukan kebangsaan Malaysia juga cemerlang dengan menduduki tempat kedua senarai terbaik Asia dan menduduki tangga 11 daripada keseluruhan 21 pasukan musim ini.

Raja Pecut pula dimenangi oleh Travis McCabe yang mewakili pasukannya, Floyd’s Pro Cycling manakala raja bukit disandang oleh Angus Lyod. Pasukan Floyd’s Pro Cycling menjadi juara keseluruhan pada edisi kali ini.

Secara keseluruhannya, edisi ini agak menarik apatah lagi pendakian di Genting Highland di perkenalkan semula. Cuma apabila acara di Genting Highlands maka kebiasannya pemenang di peringkat itu akan mengungguli jersi kuning dan itu yang berlaku. Mungkin pihak penganjur perlu mencari idea supaya akan ada persaingan untuk merebut jersi kuning pada peringkat yang lain.

Dari segi promosi memang agak baik dan boleh dikatakan LTDL kali ini agak berjaya juga. Mengembalikan kejohanan ke Langkawi juga adalah satu percubaan baik untuk bersama-sama mempromosikan Bandar Langkawi ke persada dunia.

Sumber Gambar :- https://www.facebook.com/ltdlangkawi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.