post

Logo Baharu Melaka United ciplak?

Mungkin ramai dah tahu tentang Majlis Pelancaran Logo Baharu Kelab Bola Speak Melaka United pada minggu lalu.
Logo baharu yang menampilkan rekaan bulat dengan identiti pokok Melaka itu berjaya menambat hati pengurusan Melaka United sekaligus dipilih sebagai logo baharu skuad bola sepak negeri itu.
Pemenang adalah berdasarkan Pertandingan Mencipta Logo Melaka United yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos lepas.

Cuma yang tak bestnya bila terdapat ramai orang mengesan bahawa logo yang memenangi pertandingan itu menyamai dengan logo sebuah syarikat dengan nama Bare Blends dari Australia. Perubahan yang dilakukan cuma dengan mengubah 6 keping daun dari logo asal telah digantikan dengan bulatan dan mengurangkan 2 keping daun.
Ini mungkin sedikit menjadi isu sebab setiap logo itu perlu berbeza dengan logo lain.

Ligakampung.com tak pasti lagi tentang isu ini. Mungkin pihak Melaka United akan berbincang tentang tindakan yang boleh dilakukan.
Adakah masih meneruskan penggunaan logo tersebut atau menukar ke logo lain? Kita tunggu dan lihat sahaja.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.