Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Harap-harap sihat semua.. Sebenarnya saya pernah menulis artikel dengan tajuk limau nipis sebelum ini, tapi artikel itu lebih bersifat peribadi dan agak kureng membina.. Jadi sebagai antara orang kampung yang mana ada 2-3 pokok limau nipis /kesturi rasanya untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu..
Mesti ramai di antara anda yang mengenari buah ini samada dalam minuman (teh o ais limau, limau ais), makanan (campur ngan kueytiaw, mee ) dan sebagainya..
Secara jujurnya kadangkala saya sendiri agak keliru antara limau nipis dan kesturi.. Tapi rasanya ia dalam spesies yang sama jadi mungkin ada kesamaan dalam infonya.. Lihat info pasal limau nipis..
Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.
Penanaman
Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.
Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab .Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.Buah
Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.Khasiat
Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.
Info dicuri dari Wikipedia
Hm memang limau nipis ni sungguh sedap bila minum tapi bagi mereka yang ada gastrik rasanya tidak elok minum selalu sebab ada asid ..
Sebelum lupa, daun limau nipis pun ada harganya.. Biasa digunakan dalam masakan..
Berikut sedikit gambar lama yang ada kaitan dengan tajuk di atas..

Gambar limau nipis yang telah dipungut oleh bapa saya untuk dihantar ke kedai berkaitan…

Tangan comel sedang menunjukkan sifat kebulatan limau nipis.. Eh tangan sapa ek???

Inilah salah satu pokok limau nipis yang baru-baru nak besar.. Buah pun baru nak membesar.. Yang si ZOol tu plak konon-kononnya tengah nak alter pokok limau tu le.. Huhuhuhuhu
Website berkaitan :-
Khasiat Limau Nipis
Panduan Menanam Limau Nipis
Limau Nipis Hilangkan Kelemumur
Petani Limau Nipis
RSS Feed
Twitter



February 18th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


kena tanam atas tanah baru la dia banyak berbuah kan
kalau nak tahan lama masa petik tuh tinggalkan sket part tangkai tuh. ehe
Reply
zool
Reply:
February 19th, 2009 at 20:22
Bagus satu petua bagus tu bro..
Reply
imau nipis nama botani: Citrus Aurantifolia
Reply
air faveret di kedai makan,limau ais..
kalau dapat umah ade halaman,nak jg tanam pokok limau ni,maklumla limau skang ni makin mahal,jimat jg ade pokok sendiri..~
Reply
zool
Reply:
February 19th, 2009 at 20:23
Ramai faveret air limau ni tapi jangan selalu lah.
ada asid tu..
sakit perut nanti
Reply
ni limau kasturi, bkn limau nipis. gmbr pertama spatutnya di buka dulu bungkusan plastik baru la nmpk buah.
Reply
zool
Reply:
February 21st, 2009 at 17:57
Tq.. Untuk info…
Er rasa lebih elok gambar plastik dulu…
Konon2 suspen.. Kalau dah tunjuk buah. tak yah tunjuk yang bungkus plastik..
apahal pun tq sebab memberitau bahawa ianya limau kasturi bukan limau nipis… sukar nak bezakan..
Reply
gua nak tanam satu la kat rumah baru gua.. hehehe… mesti best punya..
Reply
salam saya baru nak belajar menanam pokok limau ini. mohon tunjuk ajar dari pihak tuan
Reply
Salam…saya nak beli limau nipis 100 kg /week
price rm 3.00 /kg
Sesiapa ada source pls inform me 012-9856731
wassalam
Reply
Salam dari saya.
Ingin bertanya adakah pihak tuan mengadakan benih2 limau nipis/kasturi saya ingin membelinya untuk tanaman. T.K.
Reply
ha…….ini yang bagus,sebab kita dah dapat maklumat tentang penggunaan baja gunung berapi terhadap buah limau nipis,kasturi,madu dan lain lain jenis limau ni amat memberangsangkan sehingga kena support batang rantingnya kalau tidak patah sebab buahnya terlampau lebat.ha…nak cuba boleh hubungi saya 0193869917
Reply
Kalau tanam banyak pokok limau nipis ada makerting ke?
Reply
saya nk tya,baja jenis apa yg sesuai utk tnaman limau nipis?kalau blh bagitau apa nm jenis baja dan di mana senang di dapati baja jenis itu?
Reply
Salam. Yang sedara cite kat atas tu limau kasturi la. Bukan limau nipis. Wikipedia tu memang telah mempermainkan sedara.
Reply
zool
Reply:
August 12th, 2010 at 12:34
tq kerana membetulkan… sebelum ni pun dah ada org betulkan.. terima kasih lagi
Reply
betul tu…kekadang keliru dia antara limau nipis dan limau kasturi….
Reply
Limau nipis besar dari limau kasturi. Yang digunakan daunnya untuk masakan (eg tomyam) tu limau purut bang!! Limau nipis buahnya besar, isinya putih dan pokoknya berduri berbanding limau kasturi yang kecil buahnya, isinya oren dan pokoknya tidak berduri.
Reply