Limau Nipis, Kucing dan Post Pilihan Hari AHad

Assalamualaikum rasanya agak lama saya tak menampalkan gambar-gambar di blog ligakampung.

limau
Limau nipis ?? Kenapa agaknya saya memilih untuk menampal gambar limau nipis. Sebenarnya tiada motif tertentu pun… Cuma inilah dia satu baldi kecil buah limau nipis yang dipungut pagi tadi di kebun.. Rasa-rasanya ramai yang suka minum air limau ais atau teh o ais limau yang mana sudah pastinya limau nipis ini menjadi material yang amat penting… Sudah pastinya ia mampu menjadi salah satu tanaman yang berpotensi memandangkan tidaklah sukar untuk menjaganya berbanding tanaman lain.. Betul tak?? Anda suka minum limau ais, teh o ais limau?? Datanglah rumah boleh saya buatkan untuk anda.. :)

ngot

Okay ini pula gambar salah seekor kucing yang bermastautin di rumah saya.. Gelap sangatkan dia ni… Sampai mata pun tak nampak.. He he he.. Namanya ialah ‘Ngot’ . SIngkatan dari hitam longgot.. Kreatif tak adik-adik saya memberikan nama-nama kucing ??
Kesemua gambar ini saya simpan di PicsPay.. Selamat mencuba..

Nampaknya hari ini saya nak menunjukkan beberapa post menarik dari kawan-kawan blogger.

1. Blog Zuhairy –> Post beliau mengenai syiling peringatan yang boleh digunakan sebagai pelaburan masa depan. Cuma Zuhairy tak beritau macam mana nak beli syiling tu.. Camne tu Cikgu ?? Konsep syiling tersebut ada dibuat oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka melalui Yayasan Melaka… Hm.. nampaknya tiada website berkenaannya.. tapi takpe insyaallah saya akan memberitahu maklumat lanjut selepas ini..
2. Blog Alang –> Dalam post kali ini Alang memberikan sedikit maklumat kenapa pro blogger shoemoney memadam emel yang diterima.. Jom baca.. Pastinya anda akan lebih memahami kenapa tidak semua emel akan dibalas oleh pro blogger ni..

p/s :- Hm feedburner saya agak tidak stabil kejap 4 reader lepas tu turun balik ke 3 reader.. Kenapa ye?? Bosan sangat ke blog ligakampung ni???

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1822
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Limau Nipis, Kucing dan Post Pilihan Hari AHad”

  1. zuhairyNo Gravatar says:

    Camni, syiling peringatan ni ada nilai tertentu. Untuk tujuan perlaburan jangka panjang, pilihlah syiling peringatan yang betul2 unik, dan imej yang tertera pada muka syling tersebut dikenali seluruh dunia. Contohnya dulu, QUESTNET ada mengedarkan syiling Puteri Diana, Pele(Raja Bola), David Beckham dan ramai lagi.

    Secara jujur, saya sendiri telah membeli Medallion Pele, David Beckham, Ronaldinho dan Luis Figo.So, nampak tak keunikannya kat sini? Sapa tak kenal dengan mereka ni? Seluruh dunia tahu! Tambah2 lagi David Beckham. Lepas tu, ia dikeluarkan sebanyak 7000 unit sahaja seluruh dunia.

    Jika anda benar2 berminat, boleh layari http://www.quest.net
    Atau hubungi saya di bisikanhati.com/blog

    Reply

  2. SyedHafidzNo Gravatar says:

    nampaknya tulisan zool kali ni lebih bersifat santai ek..
    banyak ke limau nipis kat umah??
    leh datang minum air limau nipis ni..
    heheh

    Reply

  3. zoolNo Gravatar says:

    zuhairy —> ada sesiapa berminat boleh hubungi zuhairy…
    syed hafiz —> santai ye.. insyaallah saya lepas ini ada beberapa post informasi..

    Reply

  4. ktomNo Gravatar says:

    zool, mana komen Ktom ttg limau nipis ni? hilang ke?

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    ktom —> ye lah ktom.. sebab ari tu server ada penambahbaikan.. nak buat camne dah ilang..

    Reply

  6. ShueqryNo Gravatar says:

    teringat post Alang pasal ShoeMoney, berkali-kali saya membaca post tu ..

    Time sekolah, saya suka minum air limau sejuk! hehe

    -Shueqry-

    Reply

  7. ShueqryNo Gravatar says:

    Aik .. komen saya pun ilang sekejap ..

    Ni komen kali kedua ..hehe

    -Shueqry-

    Reply

Leave a Reply