Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sepatutnya rancangan hari ni nak buat entri berkenaan ‘contest’ HP tapi masih belum dapat idea jadi tukar tajuk. Hari Selasa cam biasa terdapat pasar malam di kawasan berhampiran. Seperti minggu lepas, saya melayan buah-buahan iaitu limau kampung atau lebih dikenali dengan nama limau madu.

Teringat ketika zaman budak-budak dulu terdapat pokok limau di kebun arwah datuk saya. Kalau balik kampung selalu mengambilnya. Walaupun tidak dijaga tapi rasanya memang manis. Tapi segalanya tinggal kenangan, untuk merasai limau madu ni terpaksalah pergi membelinya di pasar malam.
Anda pernah ke melayan limau madu ni atau hanya melayan oren ‘Sunkist’? Ala sesekali cubalah rasa tempatan (walaupun kebanyakan import dari Thailand)…
Info mengenai limau madu
Nama saintifik Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan. dan sejenis dengan limau Mandarin.Limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi.
Sumber Info Pertanian Manjung,
p/s :- Tak banyak pula info pasal limau madu ni kat internet ye. Puas meng’google’ tak jumpa-jumpa. Sekiranya anda mempunyai info pasal limau madu ni boleh kongsi di sini/
RSS Feed
Twitter



December 22nd, 2009
zool
Posted in
Tags: 


nak buat sendiri tu yg pasrah tu..hehe…
Reply
Tanah je belakang rumah.janji tak dekat
dengan ikan keli.mana nak tahu ikan keli
pun teringin nak rasa.heheeee.
Reply