LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Lima pemain muda bakal ke Jepun

Lima pemain muda negara, Raja Haikarl Raja Zahari, Danial Haiqal Shaipol (Akademi Mokhtar Dahari) , Afiq Norizan (Sekolah Sukan Negeri Melaka), Farizzudin Adham(Sekolah Sukan Negeri Selangor) dan Anas Nadawi Shaharudin (Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi) telah terpilih untuk menimba pengalaman berlatih di Cerezo Osaka, Sabtu ini menerusi Projek Impian ASEAN 2019.
Kelima pemain yang terpilih dalam sesi uji bakat yang dianjurkan oleh kelab profesional Liga 1 Jepun, Cerezo bersama Yakult(M) Sdn Bhd dan stesyen televisyen Osaka di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan pada Jun lalu.

Ujar Afiq, dia dan rakan-rakan lain memasang azam untuk memberikan yang terbaik pada perlawanan tersebut dalam usaha memikat hati pencari bakat baharu di negara matahari terbit itu, sekali gus dapat merancakkan lagi pembangunan bola sepak Malaysia.

“Apabila sudah berada pada tahap ini, adalah menjadi satu kerugian jika kami semua tidak pamerkan segala kemahiran dan bakat yang ada.

“Sudah tentu pencarian bakat muda kelab Jepun akan ada sepanjang kami beraksi di sini, jadi ini adalah masa terbaik untuk kami buktikan kepada mereka dan tidak mustahil kami mampu mengikat kontrak di sini suatu hari nanti,” ujarnya ketika ditemui di Okayama, hari ini.

Projek Impain ASEAN merupakan program bagi mencungkil bakat muda dalam arena bola sepak, di mana kesemua mereka akan mewakili negara bagi menjalani latihan dan mengharungi perlawanan di Osaka selain memberi peluang kepada remaja terlibat beraksi bersama lima lagi pemain terbaik masing-masing dari Thailand dan Myanmar.- UTUSAN ONLINE

Sumber:-Utusan

Kredit Gambar :-Twitter Harimau ABroad

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)