Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Liga M 2020 ditangguhkan akibat COVID -19

PETALING JAYA, 13 Mac — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan kesemua aksi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 akan ditangguhkan bermula Isnin hadapan, susulan penularan COVID-19.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan perkembangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai wabak berkenaan.

Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan kesemua aksi Liga Super dan Liga Premier minggu ini (Jumaat-Ahad) akan tetap berlangsung, namun mengambil pendekatan membenarkan perlawanan berlangsung tanpa penyokong.

“Keputusan diambil demi kebaikan semua pemain, pasukan dan penyokong yang terlibat secara terus dengan arena bola sepak negara,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wakil Majlis Sukan Negara (MSN), wakil Institusi Sukan Malaysia (ISN), barisan penaja dan rakan kongsi Liga-M.

Hamidin, yang juga Presiden MFL, berkata keputusan penangguhan itu turut melibatkan kesemua pertandingan anjuran FAM dan MFL termasuk Piala Presiden, Piala Belia, Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dan saingan M3 serta M4.

Dalam perkembangan lain, Hamidin turut mengesahkan tiada panggilan pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan dan pembatalan rancangan aksi persahabatan buat skuad kebangsaan pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA bulan ini.

“Pasukan kebangsaan tidak akan ada perlawanan persahabatan dan tiada panggilan pemain ke kem latihan pusat seperti dalam perancangan,” jelas Hamidin.

Dalam pada itu, beliau berkata FAM dan MFL sentiasa memantau perkembangan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini.

  • BERNAMA

Nampaknya terpaksalah kita tunggu sehingga virus COVID-19 ini berjaya dikawal. Isu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan di seluruh Liga dunia. Malahan ada desas desus nak membatalkan musim ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)