Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2020 dibatalkan

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengambil keputusan untuk membatalkan Kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2020 susulan situasi pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Keputusan pembatalan itu dicapai selepas perbincangan antara wakil KHM dan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia Zainal Abas, selain mengambil kira pandangan serta panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung situasi semasa pandemik tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata pembatalan kejohanan itu yang melibatkan penyertaan pemain hoki berusia 19 tahun diputuskan demi kebaikan pelbagai pihak.

“Kejohanan ini akan melibatkan rata-rata pemain hoki yang masih bersekolah, jadi saya fikir membatalkan penganjuran adalah terbaik untuk ketika ini demi keselamatan dan kebaikan pelbagai pihak,” katanya.

Anil pada masa sama, turut menegaskan badan induk itu akan terus mematuhi saranan daripada beberapa pihak berkuasa tempatan termasuk KKM dan MKN bagi memastikan keselamatan semua pihak selain memutuskan rangkaian pandemik berkenaan.

Berdasarkan perancangan asal, KHM bercadang menganjurkan kejohanan berkenaan dari 25 Mac hingga 19 April lalu, namun memutuskan untuk menunda kejohanan tersebut ke satu tarikh baharu susulan penularan pandemik itu.

— BERNAMA

Memang cabaran pada tahun ini. Diharap pemain masih berlatih meskipun tidak secara kontak rapat.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)